Keyakinan diri
Kemahiran ini diperlukan supaya peserta sentiasa sedar bahawa keupayaan diri boleh dikembangkan. Peserta mesti dilatih untuk percaya bahawa keupayaan mereka lebih dari apa yang mereka fikirkan.
3 Kepentingan Meningkatkan Keyakinan Diri
1. Di sukai kawan
Anak-anak yang mempunyai keyakinan diri tidak malu memberi pendapatan dan berkomunikasi dengan orang lain.
2. Berjaya
Anak-anak juga mampu melangkah lebih jauh dalam pelajaran apabila yakin kepada diri sendiri. Mereka tidak malu untuk mencuba sesuatu yang baharu.
3. Inspirasi
Anak-anak akan menjadi inspirasi kepada kawan-kawan yang lain, dan boleh menjadi pelajar contoh serta inpirasi kepada murid lain di sekolah.
5 tips meningkatkan keyakinan diri
1. Berhenti memanding diri dengan orang lain
Ibu bapa jangan suka membandingkan kebolehan anak-anak dengan kawan-kawannya yang lain. Hal ini, akan melemahkan semangat dan mengurangkan rasa yakin terhadap diri anak-anak.
2. Menghadapi rasa takut
Peranan ibu bapalah untuk membantu anak-anak menghadapi rasa takut contohnya perlu berhadapan dengan ramai orang ketika mahu menjawab soalan di dalam kelas.
Ajar anak untuk tidak malu mencuba dan melakukan kesalahan ketika menjawab soalan.
3. Menjaga penampilan diri
Penampilan diri anak-anak perlu dijaga seperti memastikan pakaian sekolah mereka sentiasa bersih. Pakaian yang bersih akan meningkatkan keyakinan anak-anak berhadapan dengan kawan-kawan dan guru di sekolah.
4. Bertanggungjawab
Anak-anak perlu diajar mengenai tanggungjawab. Contohnya tanggungjawab mereka untuk menjaga buku-buku sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Buku yang dijaga dengan baik akan meningkatkan rasa lebih berkeyakinan apabila berada di dalam kelas.
5. Impian
Tanya anak-anak mengenai impian atau cita-cita mereka. Cuba yakinkan mereka bahawa impian mereka boleh dicapai dengan bekerja keras atau belajar bersungguh-sungguh.
Ibu bapa perlu berusaha untuk memastikan anak-anak sentiasa berkeyakinan sejak dari sekolah rendah lagi. Sentiasalah memberi motivasi kepada anak-anak dalam apa jua keadaan yang dialami mereka.