memancing di keniam

Memancing di Keniam.

Lokasi dan port memancing paling popular di Taman Negara adalah Keniam. Ini adalah lokasi yang ramai dikunjungi oleh warga Malaysia. Ya. Majoriti. Dibandingkan dengan tempat menarik lain di Taman Negara. Ini kerana hampir keseluruhan tempat di Taman Negara kebanyakan dilawati oleh pelancong Eropah

Lokasi Sungai Keniam.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan memakan masa 3 jam lebih. Pemancing biasanya menggunakan kereta untuk masuk ke Kuala Tahan dari Jerantut yang mengambil masa sejam.


Sebelum masuk ke Kuala Tahan dari Jerantut, pemancing mesti mengeluarkan duit tunai di mesin ATM di pekan Jerantut. Di dalam kampung Kuala Tahan tidak disediakan mesin ATM. Apabila tiba di Kuala Tahan, peserta boleh parking di AsiaCamp Resort secara percuma.


Lokasi parking di AsiaCamp resort adalah selamat. Charge bayarannya adalah hanya RM10 semalam. Selain itu, pemancing boleh menginap disini dengan kadar yang berpatutan. Terdapat juga tandas awam yang selesa disini.

Lokasi memancing
Peserta perlu menaiki bot untuk ke Keniam. Perjalanan dari Kuala Tahan memakan masa 1 jam setengah ke kuala Keniam.
Kemudian, tekong akan membawa bot dari kuala keniam ke Lata Said. Perjalanan memakan masa selama 4 jam.


Sepanjang perjalanan, ada beberapa tempat yang tidak boleh dilalui bot kerana jeram yang cetek. Oleh itu, peserta akan turun dari bot untuk memudahkan tekong menolak bot.
Sebelum sampai ke Sungai Keniam bot akan melalui kampung orang asli sebelum tiba di Lata Said.

menolak bot di Sungai Keniam

Dahulu, bot akan berhenti di Lubuk Keniam Kecil tetapi apabila Perhililitan menutup lubuk tersebut dari persinggahan bot, peserta akan berhenti di Lata Said.

Sebelum tiba ke Lata Said, ada beberapa lubuk yang boleh dipilih iaitu

  • Kuala Pekai
  • Rincing
  • Rawa

Disini peserta boleh bermalam dahulu sekiranya tekong memaklumkan tempat di Lata Said penuh.

Oleh kerana sikap ikan Sungai Kelah yang bijak, peserta perlu berpindah-pindah apabila setiap kali dapat seekor ikan di satu-satu lubuk.
Bot akan berhenti di Lata Said. Peserta boleh berulang-alik pergi ke lubuk-lubuk beriku mengikut turutan:
• Lubuk panjang
• Lubut bulat
• Lubuk keniam kecil, perlu melintas sungai, air paras buku lali dan lutut.
• Lubuk 5 minit.
• Lubuk pelawar
• Lubuk terembung
• Lubuk sepetir
• Lubuk sepetir 2
• Lubuk Bulan Sabit

Antara lubuk ke lubuk perjalanan memakan masa 5 ke 10 minit sahaja.
Harga pakej yang ditawarkan biasanya adalah sebanyak RM1500 selama 4 hari 3 malam seramai 3 orang.
Ada juga pakej yang lebih lama di Taman Negara yang memerlukan masa selama seminggu. Pakej tersebut kebiasaannya bernilai RM5000 untuk 7 hari 6 malam ke Gajah Tunggal.
Pemancing perlu melalui jeram perahu, jeram ular, jeram penabur dan jeram ceceh di Sungai Spia. Kebanyakkan tempat di Sungai ini seperti di jeram perahu, bot perlu ditolak atas batu dengan lapik kayu. Barang perlu keluarkan dan boleh ditolak.

Memancing Ikan Kelah
Ikan kelah raja ikan yang cerdik. Sekali berjaya dimancing, sukar untuk dapat kali kedia.
Sampai dalam pukul 2 3 petang, terus bersiap mendirikan khemah. Guide akan ready makan malam. Sementara guide siapkan khemah dan makan malam, pemancing boleh memancing di tepi sungai

Untuk menawan ikan kelah yang cerdik ini, berikut disediakan tips memancing ikan kelah:

  • Elakkan memakai baju cerah dan berwarna terang atau memantul
  • Gunakan tali pancing yang bersaiz 15 paun kebawah. Antara 8-15 paun. Ikan kelah sensitif dengan kehadiran tali pancing yang tebal.
  • Elakkan menggunakan batu dan kili semasa mengikat mata kail.
  • Elakkan bunyi bising.
  • Apabila ikan menyambar, lepaskan sikit drag pancing dan sentiasa bermain pancing. Jangan matikan drag. Tali boleh putus.
  • Jika tinggal pancing di pancang, mesti ikat pancing kerana daya tarikan ikan kelah amat kuat.

Ikan kelah siap masak RM450 siap masak di AsiaCamp Resort. Biasanya, sebaik sahaja ikan berjaya dipancing, ikan perlu dibuang perut dahulu tetapi ikan tidak dibasuh kerana darahnya membantu ikan tahan lama dan segar. Ikan kelah juga perlu disimpan di dalam peti ais dengan keadaan lurus dan tidak bengok supaya rasanya tidak lari.

Terdapat juga spesis ikan lain yang boleh dipancing iaitu Ikan kelah, ikan baung, ikan tengalan, ikan krai dan ikan sebarau. Ikan yang istimewa yang lainnya adalah ikan Kejor atau dinampakan ikan tengas. Ikan ini menarik pancing dengan kuat.

ikan tengalan di Kuala Sungai Keniam

Untuk penggemar casting, boleh mencuba memancing ikan sebarau disini.

Seandainya air sungai keruh akibat hujan, kebarangkalian untuk mendapat ikan baung adalah lebih baik.

Antara pukul 7.00 hingga hampir gelap, dengan menggunakan umpan cengkerik, pemancing boleh mencuba ikan baung akar yang berwarna hitam di Kuala Perkai

Umpan memancing
Pemancing boleh sediakan set umpan sendiri. Guide juga akan sediakan umpan sawit. Umpan sawit akan diperam dahulu 2 3 hari untuk melembutkannya dan diberikan kepada pemancing. Kebiasaanya, tekong akan berikan umpan sawit sebanyak 1 guni beras kecil
98% adalah pemancing melayu.

khemah di Sungai Keniam

Pantang Larang memancing di hutan.
Oleh kerana pemancing berada di hutan yang digazetkan sebagai Taman Negara Malaysia, pemancing mesti mendapatkan lesen memancing di kaunter jabatan Perhilitan sebanyak RM10 untuk satu joran. Pemancing boleh bawa banyak pancing ke dalam Taman Negara.
Pemancing perlu menggunakan khidmat pemandu bot dan tekong berdaftar untuk memastikan keselamatan lebih terjamin.
Berikut adalah pantang larang memancing di Taman Negara:

• Jangan memancing berseorangan, mesti memancing berdua. Gunakan system buddy. Apabila ada peraturan yang telah ditetapkan tekong terlupa untuk diikuti, kawan lagi seorang boleh mengingatkan kita.
• Cari tempat memancing yang terang. Apabila memancing, elakkan memancing ditempat yang bersemak tebal dan gelap. Memancing berdua sebaik-baiknya di dalam keadaan yang mudah dilihat antara satu sama lain.
• Pisau dan parang perlu dibawa. Tentukan parang dan pisau sentiasa dibawa. Pakai dalam keadaan pisau dan parang ditutup sebagai langkah berjaga-jaga apabila tidak menggunakannya.
• Mulut perlu kena jaga. Ini kebiasaan yang semua pemancing sudah tahu.

Pemancing boleh melawati laman web www.tamannegara2u.com untuk mendapatkan info dari pegawai yang terlibat.

Selamat memancing!