Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Melakukan kerja secara berkumpulan memerlukan strategi yang betul untuk mengelakkan pelbagai masalah.

Pengurusan masa amat penting apabila melakukan tugasan secara berkumpulan.

Bagaimana pengurusan masa dan kerjasama berpasukan dapat menyelesaikan masalah?

1.Waktu kerja lebih tersusun

Kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan membolehkan kerja yang dilaksanakan lebih tersusun. Anda perlu menghantar atau mengemaskini tugasan seperti yang dipersetujui semua ahli kumpulan.

2.Mengelakkan pertelingkahan

Menetapkan masa dalam setiap tugasa berkumpulana dapat mengelakkan sebarang masalah tidak puas hati timbul pada kemudian hari.

3.Menyiapkan tugasan pada waktu ditetapkan

Tugasan yang yang perlu disiapkan dan dihantar tidak mengalami sebarang kelewatan sekiranya semua ahli kumpulan menepati waktu.

4.Tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna

Kualiti dalam tugasan yang diberikan juga akan terjaga. Sekiranya mempunyai masalah atau pembetulan masih ada masa untuk dibetulkannya kerana jadual telah disusun dengan teliti.

Kenapa persediaan ilmu menyelesaikan masalah amat penting di dalam menghadapi cabaran kerjaya?

1.Dapat mengelakkan stress di tempat kerja

Anda akan lebih bersedia menghadapi pelbagai masalah di tempat kerja dan mampu mencari solusinya dengan segera.

2.Dapat mengelakkan terlambat menyiapkan kerja yang diberikan

Kadang-kadang dalam menyiapkan sesuatu pekerja, anda mungkin berdepan dengan kesukaran atau masalah untuk menyelesaikannya.

Namun sekiranya anda mempunyai persediaan dengan membaca atau bertanya orang lain, masalah itu dapat diselesaikan segera tanpa perlu bertangguh.

3.Tidak menjadi seorang yang cepat berputus asa

Anda juga tidak mudah untuk berputus asa, sebaliknya cuba atau sentiasa mencari idea untuk menyelesaikan.

4.Dapat menghindari seseorang daripada membuat keputusan melulu

Anda tidak akan bertindak tanpa usul periksa dalam membuat sesuatu keputusan yang sukar. Anda akan berfikir dan cuba menyelesaikan masalah dengan kaedah lebih baik.

5.Boleh melangkah dengan lebih jauh untuk mencapai kejayayaan.

Peluang untuk anda berjaya dalam pekerjaan semakin cerah. Sikap anda yang tidak sesekali berserah itu membuatkan anda semakin bijak.

Kesimpulannya, seseorang yang menguasai ilmu menyelesaikan masalah dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi ketika bekerja.

Mereka tidak akan mengeluh atau memberi alasan sebaliknya cuba untuk menyelesaikannya sehingga berjaya. Inilah ciri-ciri yang harus dimiliki sekiranya anda ingin berjaya.

Kemahiran membuat keputusan

Membuat sesuatu keputusan itu tidak boleh melulu sebaliknya perlu teliti dengan memikirkan kesan-kesannya.

Justeru itu, sebagai seorang remaja yang berdarah panas, keputusan yang bakal dilakukan mungkin kurang tepat dan mampu memberi kesan buruk.

Kepentingan menumpukan kepada penyelesaian masalah :

  1. Memahami punca masalah tersebut tidaklah penting, namun apa yang lebih penting adalah segera menyelesaikan masalah dahulu.
  2. Mempercepatkan proses menyiapkan kerja yang diberikan, tanpa perlu bertangguh. Sikap bertangguh hanya merugikan anda!
  3. Dapat mengelakkan pembaziran masa, kewangan dan tenaga. Jangan mencampur aduk masalah.
  4. Mengurangkan tekanan emosi. Apabila anda fokus kepada menyelesaikan masalah, kesukaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
  5. Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah dengan mendapat hasil yang lebih baik.

Cara membuat keputusan dengan baik

1.Berfikir sebelum bertindak

Sebelum membuat sesuatu keputusan, pastikan anda berfikir berulang kali sebelum bertindak. Boleh juga memberi masa kepada diri sendiri supaya berada dalam keadaan tenang sebelum melaksanakannya.

2.Menilai kesannya

Setiap keputusan perlu dinilai kesan baik dan buruknya. Senaraikan semua kesan baik dan buruk daripada keputusan yang bakal dibuat. Sekiranya lebih banyak buruk dari baik, keputusan itu mungkin tidak sesuai dilaksanakan.

3.Memahami dengan jelas tentang apa yang sedang dilakukan

Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan bukan kerana dipengaruhi emosi marah, sedih atau gembira.

4.Bertanya kepada yang lebih tahu

Kadang-kadang anda mungkin masih kurang pengalaman atau masih tidak tahu tentang sesuatu perkara, tidak salah sekiranya bertanya pandangan kepada orang lain.

Pandang itu tidak semestinya diterima bulat-bulat sahaja. Anda boleh mempertimbangkan baik dan buruk sesuatu keputusan itu.

5.Berpandangan jauh kehadapan

Sentiasalah berpandang kehadapan ketika membuat keputusan, dengan mengambil kira sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Sungguhpun keputusan itu bukan paling tepat namun anda perlu percaya tindakan itu masih ada kegunaannya untuk masa hadapan.

Kesimpulannya, membuat keputusan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana ia boleh mengubah sesuatu perkara.

Sentiasalah mematsikan anda sentiasa berfikiran waras ketika perlu membuat sesuatu keputusan.

 

 

 

 

 

Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran ini penting untuk anda kuasai ketika berhadapan dengan sesuatu perkara yang sukar ketika bekerja.

Bagaimana memahami 4 fasa yang penting di dalam menyelesaikan masalah iaitu:

  1. fasa mencari maklumat dan data berkenaan masalah yang timbul
  2. fasa mendalami maklumat dan masalah yang timbul
  3. fasa mengenalpasti penyelesaian masalah
  4. fasa melaksanakan penyelesaian masalah.

Kenapa anda perlu memahami bahawa tidaklah penting masalah tersebut, apa yang penting adalah solusi kepada masalah tersebut.

1.Mencapai kejayaan

Masalah bukan untuk ditangisi sebaliknya diselesaikan. Setiap masalah yang berjaya diselesaikan pasti ada sesuatu ganjaran menanti.

Bukan sahaja ganjaran daripada majikan, tetapi kepada diri sendiri termasuk peningkatan kemahiran menyesaikan masalah.

2.Tidak berputus asa

Orang yang cuba mencari solusi menyelesaikan masalah tidak akan mudah berputus asa. Mereka akan sentiasa mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya dengan pelbagai cara.

3.Menjimatkan masa

Daripada runsing dan menangis memikirkan masalah lebih baik segera mencari penyelesaiannya. Masa kerja anda juga dapat dikurangkan.

4.Kurangkan bebanan kerja

Semakin lambat anda mencari jalan penyelesaian, semakin lama masalah itu akan membelenggu diri.

5.Matang

Anda juga akan menjadi bertambah matang apabila berdepan dengan pelbagai masalah sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan.

Masalah yang diselesaikan akan memberi satu pengajaran dan ilmu baharu dalam kehidupan.

6.Ilmu pengetahuan

Sedar atau pun tidak, dengan masalah anda dapat menambah ilmu pengetahuan. Anda akan mula mencari cara dan membuat rujukan untuk mencari solusi menyelesaikannya segera.

Malah jika di dalam pekerjaan ia boleh digunakan sebagai strategi dan dibangunkan menjadi idea lebih hebat.

7.Ketenangan

Tengok sahaja orang-orang yang tenang, mereka bukan tiada masalah sebaliknya cuba mencari solusi dan menyelesaikannya segera.

Jika tidak mampu menyelesaikan sendirian, cuba meminta pertolongan dari orang lain.

Anda perlu sedar, setiap manusia yang hidup tidak akan lari dari menghadapi masalah. Oleh itu jangan lari dari masalah sebaliknya cuba menyelesaikan dengan segera.

Dapatlah rujukan dan nasihat daripada orang lain sekiranya tidak mampu menyelesaikannya sendiri, jangan berputus asa.