Biodata Jurulatih Team Building LLM

Biodata Jurulatih Team Building LLM

Senarai jurulatih team building terdiri dari lead trainer dan trainer.

 

LEAD TRAINER:

ABDUL HALIM ISMAIL

Tuan Abdul Halim Ismail berpengalaman luas dalam bidang korporat dan kepimpinan berdasarkan penglibatan beliau di dalam GLC dan bidang politik.

Beliau merupakan mantan CEO Zakat Melaka sebuah GLC milik syarikat kerajaan Negeri Melaka pada Jun 2018 sehingga April 2020.

Beliau pernah juga menjawat jawatan Chief Operating Officer di Akademi Al Quran ABS pada 2014 dan menjadi jurulatih kepada tenaga pengajar semua cawangan Akademi Al-Quran ABS di seluruh negara.

Beliau kini merupakan “Business Leadership Consultant’ dan Ketua Jurulatih bagi Modul Kepimpinan Lead Like Muhammad di bawah pimpinan Puan  Ainon Mohd di Sekolah Strategi Janda Baik.

 

TRAINER:

ARMIATI BINTI MOHD ISMAIL

Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer)
ABS BUSINESS SERVICES PLT (LLP0001059-LGN)

PENGALAMAN

  • 1980 – 1985      Setiausaha, Jabatan Kewangan, Petronas Nasional Berhad
  • 1987 – 1998     Pemasaran Simen Negara Sdn Bhd, Executive Secretary, Cement Industries of Malaysia Berhad
  • 1997 – 2002     Executive Secretary, Crystal Accord Sdn Bhd
  • 2003 – 2007    Islamic Financial Planner (Takaful & Penulisan Wasiat)
  • 2008 – 2014   Business Dev. Manager, AAA Urus Kira (M) Sdn Bhd
  • 2015 – current Chief Operating Officer, ABS Business Services PLT

PENDIDIKAN/MEMBERSHIP

  • 1980     Diploma in Stenographer, Universiti Teknologi Mara Malaysia, Kota Kinabalu
  • 2014     Associate Member, ICIA, Institute of Commercial & Industrial Accountant
  • 2016     Associate Member, MAICSA, Malaysian Institute of Chartered Secretary Association

Mempunyai 6 tahun pengalaman dalam mengurus penubuhan syarikat Sdn Bhd dan PLT, menyediakan perkhidmatan simpankira dan penyata untung-rugi syarikat dan enterprise.

Menyediakan perkhidmatan pengurusan syarikat seperti pendaftaran lesen eperolehan, pendaftaran caruman majikan KWSP, pendaftaran harta intelek (IP), aplikasi sistem IT seperti OfficeCentral untuk mengurus operasi dan maklumat bisnes syarikat.

Memberi khidmat “personal” dan “group coaching” kepada syarikat SME yang memerlukan kemaskini maklumat kewangan operasi dan “Standard Operating Procedure” pengurusan syarikat.

 

TRAINER:

SYAMSUL AMRI BIN A RAZAK

Hj Syamsul Amri A Razak merupakan seorang Coach Bertauliah dengan Institut Pengurusan Malaysia dan Jurulatih berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd, dan pengamal bertauliah Asas dan Meta Reflection NLP.

Berkelulusan Undang-undang UIA dan MBA dari UKM, beliau telah terlibat dengan dunia Jualan dan Pemasaran lebih 24 tahun dan pernah memegang jawatan kanan pengurusan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan di UKM Pakarunding dan Pengurus Besar Pemasaran di Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd, syarikat milik tersenarai di Bursa Malaysia, Progressive Impact Corporation Berhad.

Kini menerajui SABAR Training and Resources dengan tumpuan aktiviti latihan dan pembangunan melibatkan modul-modul Kepimpinan Strategik, Pembangunan Perniagaan, Jualan & Pemasaran, Komunikasi Perniagaan dan Hubungan Perorangan.

 

TRAINER:

SUHAILI IKHSAN 

Suhaili Ikhsan telah berkecimpung dalam industri pendidikan sejak 2000, iaitu sejurus selepas beliau menamatkan pengajian Ijazah Ekonomi Industri di UKM.

Beliau memulakan pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan pusat tuisyen sendiri. Tanpa mentor atau jurulatih untuk melatih kemahiran perniagaan, 8 tahun pertama adalah tahun yang sukar baginya untuk mengembangkan perniagaannya.

Pada tahun 2013, dengan 3 rakan niaga, mereka membina 4 tadika, 4 pusat asuhan kanak-kanak dan 1 pusat tuisyen yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya dan Serdang dan memberi nilai kepada hampir 7000 anak dan keluarga sepanjang 2000-2013 melalu jenama NASYRAH.

Beliau dilantik sebagai EXCO PERTIM, sebuah Persatuan Tadika Islam di Malaysia bagi tahun 2012-2014.

Lebih 14 tahun dalam bidang pendidikan dan awal kanak-kanak, beliau telah melatih ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.

Pada tahun 2010, beliau memberi tumpuan untuk membantu usahawan sedia ada atau bakal usahawan melalui latihan-latihan bisnes, program keusahawanan, seminar, dan personal coaching. Beliau fokus melatih usahawan untuk memulakan perniagaan mereka tanpa pinjaman dan pada kos yang minimum.

Beliau mula mengembangkan jangkauannya pada Jun 2013, di mana pasukannya melancarkan rangkaian tadika dengan konsep pengurusan berpusat dan model perniagaan inovasi; perkongsian terbuka iaitu Tadika ABS atau Tadika Aktif Bijak Santun. Ia juga merupakan platform di mana usahawan tadika dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan mengambil kita model bisnes lestari yang memenuhi malamat keusahawanan sosial iaitu SDG 3, 4 dan 8.

Pada hari ini, beliau dan pasukannya sedang membangunkan sebuah ekosistem pendidikan yang lengkap, iaitu:

  • prasekolah
  •  sekolah alam dan keusahawanan
  • pembangun modul
  • pembangun alatan perniagaan

Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ABS Education Sdn Bhd dan juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat.

Beliau juga telah menulis buku Kod Kepimpinan Perempuan serta melatih kepimpinan kepada orang perempuan mahupun lelaki.

Trainer:

Nurhidayah Jaafar

Merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berasaskan kajian hadith psikologi. Aktif berkongsi di media sosial, mengendalikan bengkel latihan dan menulis buku. Sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 4000 orang dalam sektor korporat, badan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.

PENDIDIKAN

  • Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    2001 – 2004
    Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    2005 – 2008
    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

PENGALAMAN KERJAYA

  • Kumpulan ABS Education Sdn. Bhd. HR Konsultan 2017 – sekarang
  • Mengendalikan bengkel latihan dan membekalkan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan dan operasi bisnes.
  • ABS Edu Consult PLT. Ketua Pegawai Operasi 2017 – sekarang
  • Memimpin pasukan syarikat untuk aktiviti bisnes berkaitan khidmat latihan, perundingan dan penerbitan produk pengurusan bisnes dan pendidikan.
  • Trainer Profesional
    2011 – sekarang
  • Memberikan khidmat latihan kepada kakitangan dalam sektor pendidikan, kerajaan, badan korporat dan organisasi sosial.
  • InnoLearn. Pengasas platform pembelajaran digital, InnoLearn 2019 – 2021
  • Mengasas dan menjadi sebahagian dari content creator website Innolearn sebagai platform pembelajaran atas talian.
  • SMK Sri Garing, Rawang. Guru 2009 – 2010
  • Menjadi guru sandaran tidak terlatih yang menjalankan tugas pengajaran dan pentadbiran.

PENERBITAN

  • Buku Mendorong Pelajar Kelas Corot dengan Menggunakan Teknik Nabi (2013)
  • Ebook Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak (2015)
  • Buku 100 Skrip Mendorong Anak Positif (2016)
  • Buku Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak: 25 Pengalaman Autentik Aplikasi Teknik Nabi di Tadika ABS (2016)
  • Dudel Mendorong Kanak-kanak Positif (2018)
  • Pembelajaran Digital Strategi Pengajaran & Pembelajaran Menggunakan Teknik Nabi (2019)
    Buku Kod Kepimpinan Perempuan (2021)

ANTARA KLIEN YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT

  • Jabatan Hal Ehwal Syari’ah, Kementerian Hal Ehwal Ugama,
    Brunei Darussalam
  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Malaysia o Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Malaysia o Yayasan As Saadah, Malaysia
  • Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), Terengganu, Malaysia
  • Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Malaysia o Little Chalips, Malaysia
  • Institut Kemas, Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia o Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Fakulti Sains Dan Matematik, UiTM Segamat, Johor, Malaysia o Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia
  • Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan, Malaysia o Majlis Ugama Islam Pahang, Malaysia
  • Sekolah kerajaan dan swasta seluruh Malaysia

 

TRAINER:

PUTERA MUHAMMAD KHALIL AZWAN SHAH BIN MOHAMAD

Merupakan konsultan dan jurulatih dalam bidang pengurusan keusahawanan, fokus kepada skop SOP. Sudah lebih 10 tahun giat berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil dan sederhana, kini aktif membantu usahawan kedai makan dalam pengurusan dan penyediaan SOP. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman di media sosial.

Mempunyai Sijil jurulatih bertauliah (TTT) dibawah syarikat Thames Oxford Academy pada Oktober 2021.

Sering melibatkan diri dalam program keusahawanan sejak tahun 2010.

Mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan  kecil dan sederhana sejak di bangku sekolah lagi..

Berpengalaman berniaga di negara Brunei selama tiga tahun.

Aktif berniaga secara ‘mobile’ dan bergerak, samada di jalanan atau menggunakan ‘foodtruck’ sejak tahun 2013.

Mula melakukan kajian dan dapatan berkaitan SOP dari tahun 2014 dan sehingga kini aktif dalam pengurusan SOP, fokus pada kedai makan.

Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada lebih 1000 pemilik kedai makan dan Restoran sejak 2018.

 

TRAINER:

Ahmad Mohamad Afandi

Beliau banyak terlibat dengan pembangunan strategi pemasaran perniagaan IKS, dan mempunyai cita-cita tinggi melihat IKS berkembang menjadi sebuah syarikat yang terurus.

Di antara pengalaman beliau, pernah menjadi Operation Manager bagi dua (2) syarikat kontraktor telekomunikasi, Senior Executive untuk syarikat pembekalan kepada industri Oil & Gas, dan Pengurus Pemasaran bagi syarikat pemasaran berbilang tingkat.

Beliau kini diberikan tanggungjawab oleh Puan Ainon Mohd, Penguerusi PTS Group dan Ainon Business School menjadi ketua jurulatih untuk Modul Kepimpinan Muhammad iaitu “Business Like Muhammad”.