Program Mengasah Bakat Dan Skill Menjalankan Tugas Sebagai Pekerja Politik Yang Berimpak Tinggi

PROGRAM MENGASAH BAKAT DAN SKILL MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PEKERJA POLITIK YANG BERIMPAK TINGGI

  1. ISU-ISU & CABARAN

 

Apabila dilantik sebagai menteri ataupun timbalan menteri, tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan skill-skill yang diperlukan, lalu apabila bercakap kepada wakil media mereka melakukan kesilapan-kesilapan di bawah ini:

 

  1. Mereka masih bercakap dengan mindset pembangkang lalu membuat kenyataan yang salah dari sudut logik politiknya. Akibatnya, imej dan personal brand mereka rosak.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skrip-skrip untuk engage dengan rakyat, supaya dipandang sebagai menteri yang faham sentimen rakyat, dan mahir mengurus harapan rakyat.

 

  1. Mereka tidak mempunyai strategi dan skill bagaimana mendapatkan sokongan dan kerjasama dari pegawai-pegawai tinggi di kementerian.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skill mengurus kenyataan-kenyataan yang bagaimana yang patut keluar dalam media, yang tidak patut keluar dalam media.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skrip-skrip bagi mengurus soalan-soalan dari wakil media. Semua soalan wartawan dijawab lalu keluarlah dalam media berita yang merosakkan personal brand.

 

  1. Kakitangan di pejabat menteri tidak mempunyai skill-skill dan skrip-skrip bagi mengurus imej menteri baik online ataupun offline.

 

 

  1. OBJEKTIF KURSUS

 

Pada akhir kursus peserta sudah disediakan sebagai calon bagi mengisi jawatan-jawatan politik.

 

Pada bila-bila masa apabila dilantik mengisi jawatan politik, mereka sudah tahu pantang larang di bawah ini:

 

  1. Sudah tahu kenyataan media macam mana yang wartawan suka dengar, dan suka laporkan.

 

  1. Sudah tahu cara berkesan mengurus sentimen dan harapan rakyat.

 

  1. Tidak bercakap kepada media macam masih menjadi pembangkang. Sebaliknya, bercakap kepada media dengan tujuan mahu engage dengan rakyat dulu.

 

  1. Sudah tahu bagaimana mendapatkan rasa hormat, sokongan dan kerjasama dari pegawai-pegawai tinggi di kementerian.

 

 

  1. KANDUNGAN KURSUS

 

MODUL 1

 

TEKNIK BERCAKAP DALAM MESYUARAT DENGAN KAKITANGAN AWAM

 

OBJEKTIF: Supaya dipandang sebagai seorang menteri yang karismatik oleh anggota mesyuarat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian. Dengan itu mereka tidak mempersoal dan membantah cakap menteri.

 

STRATEGI: Aplikasi ‘language of power’.  Bercakap sebagai seorang yang mempunyai kuasa membuat keputusan dan melaksanakan keputusan.

 

TEKNIK 1: Gunakan suara yang keluar dari dada.

 

TEKNIK 2: Gunakan ton rendah dan kadar ujaran perlahan.

 

TEKNIK 3: Apabila membuat keputusan, tidak menyebut ayat-ayat alasan, rasionalisasi, ataupun justifikasi di sebalik keputusan itu.

 

TEKNIK 4: Gunakan ayat-ayat manfaat, ganjaran atau rewards. Ciri-ciri ayat manfaat dan ganjaran yang berdaya pengaruh tinggi.

 

TEKNIK 5: Apabila memberi arahan, tidak menggunakan perkataan dan frasa pelembut arahan.

 

TEKNIK 6: Tidak senyum. Tiada humour. Tidak berseloroh.

 

TEKNIK 7: Tidak meminta maaf.

 

 

MODUL 2

 

TEKNIK BERUCAP DI HADAPAN HADIRIN YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN KEMENTERIAN

 

OBJEKTIF: Supaya kakitangan kementerian memandang menteri sebagai pemimpin yang karismatik, energetik, positif, optimistik, futuristik, memotivasi dan mencetuskan inspirasi. Dengan itu mereka mudah menerima idea-idea dan padangan menteri serta bersemangat dalam melaksanakan arahan menteri.

 

STRATEGI: Berucap menggunakan fonetiks Bahasa Melayu Tinggi dan ayat-ayat yang mencipta kesan uplifting dan inspiring, yang membuat hadirin berasa diri mereka diangkat.

 

TEKNIK 1: Fonetiks yang mencipta kesan dramatik. Kesan ini membuat mata hadirin fokus tengok muka menteri, tak berkelip, seolah-olah dia sedang menonton drama.

 

TEKNIK 2: Fonetiks yang mencipta kesan energetik. Kesan ini membuat hadirin nampak menteri sebagai seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang tinggi, tidak kenal penat, sentiasa aktif, sentiasa bertenaga.

 

TEKNIK 3: Fonetiks yang mencipta kesan aestetik. Kesan ini membuat hadirin suka, puas hati, gembira, terhibur oleh suara menteri yang merdu, sehingga apabila menteri habis bercakap mereka macam belum puas mendengar, mahu menteri sambung bercakap.

 

TEKNIK 4: Bahasa Melayu adalah bahasa silabik. Berucap dengan menyebut tiap-tiap suku kata dan tekanan pada suku kata yang betul.

 

 

MODUL 3

 

TEKNIK MEMPENGARUHI PEGAWAI TERTINGGI DALAM KEMENTERIAN SUPAYA MEREKA MUDAH BERSETUJU DAN MELAKSANAKAN IDEA MENTERI

 

OBJEKTIF: Supaya ketua setiausaha, ketua pengarah, dan pengarah-pengarah jabatan dalam kementerian memberikan sokongan dan kerjasama kepada menteri.

 

STRATEGI: Bercakap menggunakan konten yang menaikkan likeability dan acceptability menteri di mata pegawai-pegawai tertinggi dan atasan dalam kementerian.

 

TEKNIK 1: Teknik betul dan teknik salah apabila memuji pegawai tinggi. Perkara yang boleh dipuji dan perkara yang tidak boleh dipuji di hadapan orang lain.

 

TEKNIK 2: Teknik betul dan teknik salah apabila menerima aduan dan rungutan dari pegawai tinggi berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh jabatan lain.

 

TEKNIK 3: Ayat-ayat untuk bercakap kepada pegawai-pegawai senior yang sudah perform dalam menjalankan tugas mereka, supaya mereka berasa makin terangkat, makin uplifted.

 

TEKNIK 4: Teknik menerima dan menolak idea, pendapat, dan nasihat dari pegawai tinggi kementerian dalam mesyuarat tanpa menjatuhkan air muka mana-mana pegawai lain yang berada di situ.