5 cara mengawal anak menggunakan smartphone
Hari ini smartphone telah menjadi gajet penting dalam kehidupan seharian setiap orang. Anak-anak juga sudah mula didedahkan dengan smartphone sejak bayi lagi sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja.
Bagaimanapun jika tidak dikawal penggunaan smartphone dalam kalangan anak-anak yang masih kecil akan memberi pelbagai kesan buruk termasuk kepada masalah kesihatan, komunikasi dan tumbesaran mereka.
Ibu bapa perlu mengawal anak-anak ketika menggunakan smartphone. Kawalan yang dilakukan termasuk masa, kandungan dan cara menggunakan smartphone dengan betul.
Ini adalah lima cara mengawal anak-anak menggunakan smartphone :
1. Tetapkan masa
Menetapkan masa anak-anak menggunakan smartphone dapat membantu ketagihan gajet melampau. Ada pakar menyarankan anak-anak hanya boleh menggunakan smartphone dalam tempoh masa 30 minit hingga dua jam sahaja setiap hari. Ibu bapa boleh menggunakan tetapan masa di smartphone atau mengingatkan anak tentang waktu penggunaan peranti itu setiap hari.
2. Matikan smartphone
Cuba matikan semua smartphone ketika bersama anak-anak. Luangkan masa melakukan aktiviti fizikal lain seperti mewarna, melukis, mengemas rumah dan sebagainya. Kaedah ini akan melupakan sebentar ingatan anak-anak kepada permainan video di smartphone itu. Jadikannya rutin buat keluarga anda.
3. Jauhi smartphone dari tempat tidur
Sentiasa pastikan smartphone tidak diberikan kepada anak-anak ketika tibanya waktu tidur. Simpan semua peranti untuk mengelakkan anak-anak bermain secara senyap tanpa pengetahuan anda. Gantikan keasyikan anak-anak dengan cerita dari smartphone kepada bedtime story untuk anak-anak sebelum mereka melelapkan mata.
4. Buang aplikasi sosial
Anak-anak menggunakan smartphone kerana ketagih untuk bermain permainan video di aplikasi atau menonton video di media sosial. Anda boleh cuba membuang semua aplikasi sosial untuk mengurangkan ketagihan anak-anak. Jangan lupa tetapkan juga kata kunci di smartphone anda.
5. Lakukan aktiviti fizikal di luar
Melakukan aktiviti fizikal bersama dapat mengawal anak-anak dari terus menggunakan smartphone. Kanak-kanak mana yang tidak teruja sekiranya melihat taman permainan. Bawalah anak-anak sekerap mungkin ke kawasan permainan itu jika anda mempunyai masa terluang.
Kawalan ibu bapa terhadap kepenggunaan smartphone dalam kalangan anak-anak perlu dititikberatkan. Jangan musnahkan zaman kanak-kanak anak anda dengan membiarkan mereka tenggelam dengan dunia di smartphone sahaja. Ayuh tetapkan impian untuk terokai dunia realiti bersama anak-anak hari ini.