Kem Cuti Sekolah

Anak-anak adalah aset masa depan!

Perhatian kepada ibu bapa yang prihatin tentang potensi anak semasa cuti sekolah!  
✓ Waktu cuti adalah peluang anak berehat dan bina keseimbangan diri
✓ Anak boleh belajar mengurus keperluan diri seperti mencuci pakaian dan kasut sendiri
✓ Cuti menjadi masa sesuai latih sikap bertanggungjawab seperti bantu bersihkan rumah dan kereta
✓ Manfaatkan masa lapang anak dengan aktiviti bermanfaat, bukan sekadar keluar tanpa arah tujuan

Strategic Partner

Kem Cuti Sekolah 6 Hari 5 Malam

Sesuai untuk anak musim cuti sekolah

Pemindahan ilmu dapat dilaksanakan secara berkesan dalam tempoh 6 hari


Lokasi terletak di kem bertemakan kampung sawah padi di Tanjong karang

Teknik 1

Latihan Kendiri Harian (Self-Discipline Routine)

Teknik 3

Pembelajaran Berasaskan Tugasan (Task-Based Learning)

Teknik 5

Refleksi Harian & Vision Board (Self Reflection & Planning)

Teknik 2

Aktiviti Gotong-Royong (Communal Responsibility)

Teknik 4

Simulasi Kehidupan Kampung (Rural Simulation Activities)

Teknik 6

Latihan Komunikasi & Keyakinan (Confidence Building)

Cuti Sekolah: Masa Terbaik Bentuk Anak Jadi Bertanggungjawab

Ramai ibu bapa mengeluh apabila cuti sekolah tiba. Anak-anak lebih banyak masa di rumah, tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Mereka berehat terlalu lama, bangun lewat, dan lebih cenderung melekat pada gajet tanpa had. Tanpa rutin yang teratur, disiplin mudah longgar.

Cuti bukan sekadar masa untuk berehat. Ia adalah ruang terbaik untuk melatih anak-anak berdikari. Dari mencuci kasut dan pinggan, hinggalah mengurus pakaian sendiri – semua ini adalah asas kehidupan yang penting. Namun ramai anak belum diberi peluang untuk belajar dan melaksanakannya secara praktikal.

Sebahagian ibu bapa juga risau apabila anak sering keluar rumah tanpa hala tuju jelas. Masa yang panjang tanpa kawalan boleh menjurus kepada kebosanan, pergaulan bebas, atau aktiviti yang tidak bermanfaat. Anak perlukan panduan – bukan hanya perhatian.

Dengan program yang tersusun, cuti sekolah boleh jadi platform terbaik untuk membina nilai tanggungjawab, tolong-menolong, dan kepimpinan. Melalui aktiviti luar, latihan berpasukan dan cabaran praktikal, anak-anak belajar lebih banyak berbanding hanya berada dalam bilik darjah.

Aktiviti seperti survival, masakan rimba, pertolongan cemas dan pengurusan kendiri bukan sahaja memberi pengalaman baru, malah membentuk keyakinan diri. Mereka belajar untuk bangun awal, ikut jadual, bercakap di hadapan rakan, serta lebih peka terhadap sekeliling.

Anak yang dibimbing dengan aktiviti berkualiti sepanjang cuti, akan pulang dengan nilai yang sukar diperoleh dari skrin telefon atau komputer. Dan yang paling penting – ibu bapa akan lihat sendiri perubahan pada sikap dan kematangan anak selepas program tamat.

Kami Sedia bantu

Apa yang anak-anak anda akan dapat?

Anak belajar berdikari, yakin diri, kemahiran keselamatan, kepimpinan, kerja berpasukan, dan pengalaman praktikal yang tak diajar di sekolah. 

✓Latihan Kendiri Seawal Usia

Di sini bukan kelas2 Ceramah semata2, banyak kelas mengajar peserta pengalaman. Basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, ada masa perlu masak sendiri!

✓ Aktiviti Luar yang Bukan Sekadar Berseronok

Dalam aktiviti night walking, peserta dilatih untuk tenang, fokus dan yakin dalam suasana gelap.
→ Tingkatkan kecekalan dan kekuatan mental.

✓ Bina Keyakinan Diri Secara Semula Jadi

Ilmu-Ilmu survival di rumah diajar, bagaimana melakukan cpr, bagaimana menyelamat (bantu mula) di rumah jika terluka atau pengsan, bagaimana melawan kebakaran di dapur.

 

✓ Kemahiran Keselamatan & Survival Harian

Anak-anak diajar asas CPR, bantu mula jika berlaku kecederaan, dan tindakan awal jika dapur terbakar.
→ Persediaan untuk hadapi kecemasan di rumah.

Nilai yang membentuk kehidupan

Nilai ini penting kerana ia bantu anak berkembang secara menyeluruh – bukan hanya akademik, tetapi sahsiah, emosi dan sosial, agar mampu berdiri sendiri dan berfungsi dalam masyarakat dengan beradab.

Disiplin Diri Peserta

Peserta diajar untuk urus masa, patuh jadual, dan selesaikan tugasan tanpa disuruh. → Nilai ini bantu mereka jadi lebih bertanggungjawab dan teratur.

Tolong-Menolong

Aktiviti berkumpulan seperti gotong-royong, masakan rimba dan rewang bentuk sikap saling membantu. → Mewujudkan empati, hormat dan kerja berpasukan.

Ketabahan dan Daya Juang

Melalui aktiviti lasak, tidur khemah, dan cabaran survival, peserta belajar bertahan dan tidak mudah mengalah. → Nilai ini bentuk ketahanan emosi dan fizikal.

Jati Diri dan Keyakinan

Peserta diberi ruang bercakap, mengetuai kumpulan, dan tampil di hadapan. → Membina harga diri dan keberanian menyuarakan pandangan.

Hari Pertama
Malam: 21.00–22.30: PENDAFTARAN, Taklimat keselamatan dan kesihatan / Check in 22.30–23.00: Ice breaking & Grouping 23.00–00.00: Rehat / Tidur
Hari Kedua
Pagi: 08.00–08.30: Sarapan pagi 08.30–10.30: MODUL MAAF 1: Indoor (GREAT! Diri) 10.30–11.00: Minum pagi 11.00–13.00: MODUL MAAF 2: Outdoor 13.00–14.00: Masakan Rimba 14.00–15.00: Solat berjemaah Petang: 15.00–18.00: Sambungan MODUL MAAF 2 Malam: 19.30–21.00: Makan malam 21.00–22.30: Solat berjemaah & MODUL MAAF 3: Indoor (VISION BOARD) 22.30–23.00: Minum malam 23.00–00.00: MODUL MAAF 4: Outdoor (Night Adventure)
Hari Ketiga
Pagi: 08.00–08.30: Sarapan pagi 08.30–10.30: MODUL MAAF 5: Outdoor (Menanam dan memproses serai) 10.30–11.00: Minum pagi 11.00–13.00: Sambungan MODUL MAAF 5 13.00–14.00: MODUL MAAF 6: Outdoor (Rewang, kenduri orang kampung) 14.00–15.00: Solat berjemaah Petang: 15.00–18.00: Sambungan MODUL MAAF 6 Malam: 19.30–21.00: Makan malam 21.00–22.30: MODUL MAAF 7: Indoor (Asas Pertolongan Cemas / Bantu Mula) 22.30–23.00: Rehat 23.00–00.00: Survival Night (Tidur di khemah)
Hari Keempat
Pagi: 05.30–07.00: Persiapan diri, Solat berjemaah & kuliah agama 07.00–08.00: Basuh baju dan mengemas bilik 08.00–08.30: Sarapan pagi 08.30–10.30: MODUL MAAF 8: Outdoor (Speak Like Pro) 10.30–11.00: Minum pagi 11.00–13.00: Sambungan MODUL MAAF 8 13.00–14.00: MODUL MAAF 9: Outdoor (Obstacles) 14.00–15.00: Solat berjemaah Petang: 15.00–18.00: Sambungan MODUL MAAF 9 Malam: 19.30–21.00: Makan malam 21.00–22.30: MODUL MAAF 10: Outdoor (Asas Perkhemahan) 22.30–00.00: Rehat
Hari Kelima
Pagi: 08.00–08.30: Sarapan pagi 08.30–10.30: MODUL MAAF 11: Indoor (Survival Course) 10.30–11.00: Minum pagi 11.00–13.00: Sambungan MODUL MAAF 11 13.00–14.00: MODUL MAAF 12: Outdoor (Menangkap Ikan) 14.00–15.00: Solat berjemaah Petang: 15.00–18.00: Sambungan MODUL MAAF 12 Malam: 19.30–21.00: Makan malam 21.00–22.30: MODUL MAAF 13: Indoor (EGG TECH) 22.30–00.00: Rehat
Hari Keenam
Pagi: 08.00–08.30: Sarapan pagi 08.30–10.30: MODUL MAAF 14: Indoor (ARCHERY COMBAT) 10.30–11.00: Minum pagi 11.00–13.00: MODUL MAAF 15: Indoor (DIGNITY TOWER) 13.00–14.00: MODUL MAAF 15 (sambungan): Resolusi 14.00–15.00: Solat berjemaah 15.00–16.30: Persiapan pulang Petang: 16.30–18.00: Majlis penutup 18.00–seterusnya: Check out

Enquiry Form

 

Verification