Mendapatkan keseronokan dalam hidup boleh diperolehi dengan banyak cara dan melalui pelbagai saluran. Antara yang paling ketara adalah melalui ‘engagement’ atau penglibatan manusia dengan alam semulajadi. Kita sedia maklum bahawa alam semulajadi dan elemennya merupakan terapi terbaik yang diciptakan Tuhan buat manusia. Seluruh peringkat umur, bangsa mahupun budaya yang berbeza menjadikan alam semulajadi sebagai sumber inspirasi kehidupan.
Di negara Bhutan yang terkenal sebagai negara paling bahagia di dunia, GDP perkembangan domestik negara dinilai melalui GNH. Grow National Happiness ini melihat kepada keseluruhan kebahagiaan rakyat melalui elemen gembira dan bahagia. Berdasarkan kajian-kajian para penyelidik dunia terhadap GNH di negara Bhutan, mereka menyimpulkan bahawa secara keseluruhannya untuk menentukan bahagianya seseorang individu atau rakyat itu dengan kehidupan mereka adalah dinilai dari 9 aspek utama seperti berikut. Aspek yang merangkumi, (1) psikologi terhadap kehidupan, (2) kesihatan, (3) penggunaan masa, (4) pendidikan, (5) perkembangan budaya dan kemampuan untuk membangunkan semula, (6) tadbir urus yang baik, (7) daya hidup bermasyarakat, (8) kepelbagaian ekologi (yaitu alam sekitar), dan (9) taraf hidup.
Apa yang dapat dipelajari di sini ialah, di antara 9 aspek itu, 1 aspek adalah berkait rapat dengan unsur alam semulajadi. Makanya, ia menguatkan lagi teori bahawa happiness dan bahagianya rakyat di negara Bhutan ini adalah berkait rapat dengan kelangsungan hidup bersama elemen alam semulajadi di dalam kehidupan mereka.
Memahami keperluan inilah, pihak Asia Camp mengambil inisiatif untuk memajukan industri kepimpinan dan motivasi kehidupan dengan menjadikan alam sebagai guru utama dalam modul pendidikan rekreasi berteraskan sumber alam semulajadi. Di Asia Camp, ketenangan, gembira dan bahagia itu didapati dan disalurkan kepada alam sekitar. Ia lebih kepada konsep ‘what you give, that you will get back’.
Secara keseluruhannya hasil penglibatan diri dengan alam semulajadi, ia membantu perkembangan diri kepada pengaliran caj-caj positif yang akan mempengaruhi pemikiran dan tindak-balas seseorang individual kepada alam sekellingnya. Pengurusan tekanan emosi dan mental menjadi lebih terurus di samping mendapat kesejahteraan badan dan fizikal yang lebih baik.