Tempat Persinggahan Untuk Rekreasi Alam | AsiaCamp

Kita sedia maklum akan kaitan rekreasi dan pengaruhnya kepada minda dan jiwa seseorang individu. Aktiviti rekreasi alam seringkali mendatangkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan manusia. Sekaligus, tubuh badan dan fizikal yang aktif ini mampu menghasilkan minda yang cerdas dan jiwa yang tenang kepada individu berkenaan.

 

Memahami keperluan inilah, kami di Asia Camp bersifat lebih terbuka dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kami tidak hanya menyasarkan para pelanggan kami kepada kumpulan-kumpulan pelajar, korporat mahupun individu yang memerlukan modul pembinaan diri dan kepimpinan semata-mata. Namun, kami juga turut menyediakan perkhidmatan rekreasi alam dengan pakej umum kepada kumpulan masyarakat yang berminat.

 

Melalui portfolio kami pada siri-siri yang lepas, terdapat juga kumpulan masyarakat yang hanya mahukan pakej rekreasi alam semata-mata. Kumpulan pelanggan seperti ini fokus utamanya adalah seperti berikut;

 

  • Mencari tempat persinggahan rekreasi yang best sebagai tempat berhibur
  • Mencabar diri dengan bersukan aktif dalam suasana alam di AsiaCamp
  • Sebagai satu pakej ‘escape plan’ dan tempat pelancongan untuk beriadah dan menenangkan diri bersama rakan-rakan ataupun seisi keluarga
Aktiviti rekreasi sebegini yang pastinya mewujudkan 'happiness' di jiwa dan meleraikan stress

Aktiviti rekreasi sebegini yang pastinya mewujudkan ‘happiness’ di jiwa dan meleraikan stress

 

Secara umumnya, inilah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin mendapatkan kelainan dengan pakej melancong sambil berekreasi di AsiaCamp di Kuala Kubu Bharu ini;

  • Sukan kayak di jeram sungai
  • Aktiviti membina rakit dan berakit
  • Jungle trekking dan kembara rimba
  • Sukan abseiling dan flying fox
  • Sukan memanah
  • Campfire dan Bonfire
  • Trustfall jumping
  • Camping & survival cooking
Sukan abseiling dan flying fox yang mengujakan turut tersedia

Sukan abseiling dan flying fox yang mengujakan turut tersedia

Sukan kayak di jeram sungai merupakan antara aktiviti rekreasi air yang diminati oleh pelanggan di AsiaCamp

Sukan kayak di jeram sungai merupakan antara aktiviti rekreasi air yang diminati oleh pelanggan di AsiaCamp

 

Sukan memanah yang menguji kekuatan tangan juga terdapat di sini

Sukan memanah yang menguji kekuatan tangan juga terdapat di sini

 

Oleh itu, bagi mereka yang mencari-cari tempat rekreasi yang best di sekitar Lembah Klang, bolehlah datang berkunjung dan mencuba sendiri aktiviti-aktiviti rekreasi yang disediakan di AsiaCamp di Kuala Kubu Bharu ini. Tapi, pastikan dulu anda membuat tempahan ya! Tempahan boleh dibuat di nombor yang tertera di bawah.

Contact us to get quotation for our youth leadership camp