Pusat Kuarantin COVID-19
Pusat Kuarantin COVID-19 merupakan pusat penempatan pesakit di dalam kategori 1 dan 2. AsiaCamp dengan kepakaran menyediakan penginapan skala besar telah menggerakan aset kami yang berada di Semenyih dan Taman Negara untuk menjayakan misi ini.
Video pengendalian oleh Pasukan AsiaCamp di Pusat Kuarantin
Pusat ini setakat ini telah menempatkan kluster industri dengan tujuan menghalang penyebaran tempatan. Kebanyakan pekerja industri ini duduk di perumahan dan kampung. Oleh itu, dengan pemusatan kediaman pesakit COVID-19 dan kontak, ianya dapat mengekang segera penularan virus ini.
Banyak manfaat yang kami lihat hasil dari kewujudan pusat kuarantin ini. Antara manfaatnya adalah:
- memudahkan pihak hospital mengatur gerak keperluan mobilisasi aset untuk keperluan kesihatan.
- melindungi keselamatan petugas barisan hadapan dengan kemudahan berstruktur. Ia dengan menyediakan tempat khas kepada frontliner untuk menyaring dan membuat pemeriksaan harian
- menjimatkan tenaga frontliner di dalam menyemak kesihatan pesakit secara berkala. Jika pesakit ini tidak dipusatkan di satu tempat, fronliner terpaksa menggerakan banyak aset ke perumahan pekerja yang berbeza-beza.
Pasukan AsiaCamp juga telah mendapat pendedahan dari segi strategi teknikal dan kaunseling dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang didalam menangani virus ini.
Kami mempunyai pengalaman di dalam pengendalian:
- Pengurusan penyakit bawaan vektor
- Pemakaian personal protective equipment (PPE)
- Pengurusan psikologi frontliner
ketiga-tiga pengendalian ini sangat penting bagi pengurusan pusat kuarantin. Ini bagi membolehkan pengurusan risiko ketika berada di pusat ini dapat dikendalikan dengan baik.
Dari segi kos pengurusan juga menjimatkan. Ini kerana kos kurantin sekitar lembah Klang adalah RM120 ke RM300 bagi seorang pesakit. AsiaCamp berjaya menurunkan kos operasi sehingga hanya RM90 sahaja bagi seorang pesakit. Ini adalah spesifikasi penjagaan bagi seorang pesakit
- katil single
- cadar dan bantal
- selimut
- almari peribadi
- kemudahan bilik air yang banyak
- Penyediaan makanan 3 kali
Kami telah dilatih untuk menguruskan bencana ini. Pengalaman menggerakkan aset di dalam masa yang singkat dan terhad mematangkan lagi operasi pengendalian ini jika diperlukan.
Seandainya pihak tuan memerlukan perkhidmatan kami, boleh menghubungi pegawai kami dimana-mana talian yang ada di website ini.