10 Tempat Menarik di Pulau Tioman

10 Tempat Menarik di Pulau Tioman

Di era moden zaman kini terdapat banyak tempat tempat yang menaik yang boleh kita kunjungi antara salah satunya ialah pulau tioman. untuk pengetahuan asas bagi para pembaca pulau tioman ini merupakan sebuah pulau yang teletak di Rompin, Pahang, Malaysia.

Pulau ini terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km dan yang paling penting terdapat pelbagai tempat menarik yang ada berdekatan dengan pulau tioman ini yang membuatkan tempat ini menjadi pusat pelancongan yang sangat menarik. antara tempat menarik yang ada di pulau tioman ini adalah seperti di bawah

Pusat Taman Marin

Yang petama Pusat Taman Marin, Taman Marin ini merupakan pusat perikanan yang berfungsi sebagai tempat pemuliharaan hidupan laut dan tempat riadah untuk para pengunjung. Pusat taman marin ini tidak membenarkan sebarang aktiviti penangkapan hidupan marin yang boleh memberi dampak buruk terhadap terhadap hidupan laut yang ada di sini .

 

Di pusat taman marin ini terdapat satu aktiviti yang sangat menarik seperti aktiviti menyelam dan merasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut.

Kampung Tekek

Yang kedua adalah kampung Tekek. Untuk pengetahuan pembaca kampung Tekek ini merupakan ibu kota Pulau Tioman, ia terletak di sepanjang pantai iaitu 3 km di barat tengah pulau itu. Banyak kemudahan dan nfrastuktur yang membantu pelancong untuk melancong seperti kedai runcit, bank, jalan raya, pusat marin dan kompleks jeti di tempat menarik di Pulau Tioman ini.

Kampung Tekek sangat popular dalam kalangan pelawat kerana kekayaan kemudahan moden dan mempunyai kawasan belanja bebas cukai. Tentunya kemudahan hotel dan chalet banyak tersedia di sepanjang pantai yang indah disini. Anda juga boleh bersnorkeling di sini dengan menempah dari kedai-kedai agen pelancongan yang menguruskan pakej snorkeling dengan pakej yang murah.

Air Terjun Asah

Yang ketiga ialah air terjun asah, air terjun asalah ini merupakan air terjun terbesah di area pulau tioman ini dan Lokasinya terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari Kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, pelawat perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di tempat menarik di Pulau Tioman ini, pengunjung boleh memulakan perkelahan sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung.

Batu Malang

Yang ke 4 ialah Batu malang, batu malang ini bukan lah suatu tempat yang memberi nasip malang tetapi ianya merupakan tempat menyelam yang popular di Pulau Tioman.  Seluruh tempat menyelam di sini terdiri daripada batu karang yang cantik dan banyak.

Biasanya, Paras air yang rendah diperlukan untuk menyelam kerana memudahkan penyelam yang tidak ada pengalaman menyelam melihat khazanah di dalam laut. Apabila menyelam, ianya seperti pengembaraan filem di dalam channel TV National Geography.

Pemandangan nya sangat jelas dan kita pasti berpuas hati menyelam disini. Bagi yang tiada pengalaman, jangan risau, penyedia servis akan membantu kita untuk menyelam di tempat yang sesuai dan selamat untuk amatur.

Pulau Renggis

Yang kelima adalah pulau renggis, Pulau Renggis ini merupakan pulau kecil yang terletak di perkampungan Tekek. pulau rengis ini terletak berhampiran dengan Pulau Tioman.  Biasanya, Pulau Renggis ini dijadikan tempat persinggahan pada para pengunjung untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling dan diving di pulau ini.

selain itu di pulau rengis ini Tiada kemudahan chalet mahupun resort disediakan kerana saiz pulaunya yang kecil.

Walaubagaimanapun, Pulau Renggis ini sangat unik dan cantik kerana keindahan coral dan air kelilinya yang sangat cantik dan jernih seperti gambar di atas

Monkey Bay

Yang ke enam adalah Monkey Bay, monkey bay ini  adalah pantai yang sangat indah yang terletak di belakang Kampung Salang di pantai barat Pulau Tioman. pelawat boleh ke mengunjungi monkey bay ini dengan menaiki bot laju ataupun meredah hutan yang akan memakan masa sekitar 1 jam perjalanan dari salang.

Ruang laut yang luas dan berteluk ini pasti menenangkan. Ianya sangat jernih dan berbentuk teluk yang membolehkan ianya menjadi tempat santai dan rehat bersama dengan keluarga. Bagi yang tidak mahu menyelam dan membawa anak-anak, pastinya kawasan ini sesuai untuk melakukan aktiviti snorkelling. Monkey bay adalah salah satu tempat snorkeling yang paling popular serta pelawat boleh mengelilingi pulau dengan menggunakan bot laju sambil melihat kawasan kampung.

Salang

Yang ke tujuh adalah Salang iaitu sebuah destinasi pantai yang popular di utara Pulau Tioman, salang terletak di sepanjang pantai barat di teluk yang terpencil.  salang sebuah destinasi pelancong berkonsepkan kampung ini merupakan tempat yang sesuai untuk para backpacker berkumpul dari seluruh dunia.

Selain itu salah juga merupakan tempat penyelam dan kampung yang paling dekat dengan banyak kawasan terumbu dan bangkai kapal di Tioman termasuk Coral Island, Chebeh, Batu Malang dan Fan Canyon.

Apabila sempadan dibuka, pastinya kita akan melihat pengunjung Eropah dan luar negara berehat disini. Ini kerana tempat ini ada menyediakan aktiviti malam iaitu membakar unggun api atau dikenali sebagai campfire. Pastinya pengalaman BBQ tidak akan dilupakan nanti di tepi pantai ini.

Juara Turtle Project

Yang ke lapan adalah juara turtle projek seperti nama nya tempat ini terkenal kerana kawasan ini menjadi tarikan bagi penyu untuk bertelur Kebiasaannya penyu-penyu ini datang untuk bertelur dari bulan Februari ke bulan Oktober.

Selain itu JTP merupakan satu inisiatif sukarelawan yang menumpukan pemuliharaan semula penyu laut dan alam sekitar dengan cara mendidik penduduk tempatan khususnya generasi muda dan pelancong yang berkunjung di kawasan pantai Kampung Juara

Vision Commerce Duty Free Shop

Yang ke sembilan dan juga yang terakhir adalah vision commerce duty free shop tempat ini menjadi tarikan di sebab kan satu ciri yang sangat menarik iaitu semua barangan yang terjual di dalam kedai ini bebas cukai yang membuatkan banyak barang seperti rokok, Coklat dan pelbagai barang yang ada di sini menjadi lebih murah dari kebanyakan tempat. sapa saja yang tidak suka akan barangan yang murah bukan.

Sebagai penutup pulau tioman ini adalah salah satu kawasan peraian yang sangat indah di malaysia kerana hidupan lautnya mahupun airnya sangat jernih menjadi tarikan pelawat dari malaysia mahupun pelancong luar negara.

Dengan ini sekiranya para pembaca ingin ke sini pastikan tidak membuat masalah seperi membuang sampah merata rata kerana ada juga haiwan yang menghampiri kepunahanya, kalau disebabkan haiwan ini juga kita sebagai seorang manusia yang berakal tidak boleh melakukan sesuatu pekara seperti itu. seterusnya saya sangat berterima kasih kepada ammboi.my kenara memberi info info menarik mengenai tempat tempat menarik di pulau tioman. sekian itu saja dari saya sekian terima kasih