Kualiti dan kuantiti perlu sama-sama digemblengkan untuk meningkatkan produktiviti dalam organisasi

Produktiviti dalam Organisasi | Kualiti atau Kuantiti?

Setiap organisasi menyasarkan pekerja yang mempunyai prestasi kerja yang cemerlang. Hal yang demikian kerana organisasi mahukan kualiti yang terdapat pada individu atau pekerjanya dalam meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Kualiti yang dilihat dan sentiasa menjadi buruan organisasi melibatkan i) pengetahuan, ii) kemahiran soft-skills, iii) kecekapan dan efisien, iv) pengalaman dan kepakaran, v) sikap dan vi) nilai positif yang dimiliki dalam diri setiap pekerja.

 

Apabila kita bercakap mengenai kualiti, ia adalah satu nilai yang tidak boleh diukur, ‘intangible’ tapi mampu menghasilkan ‘outcomes’, kepuasan dan produktiviti yang memberangsangkan. Biasa kita mendengar ini; ‘It is quality rather than quantity that matters’. Mmm…

 

Satu analogi mudah. Produktiviti seorang Tukang A yang mampu membuat 2-3 kerja dalam satu masa adalah lebih menjimatkan kos daripada Tukang B dan Tukang C yang hanya mampu membuat satu kerja sahaja pada satu-satu masa. Nampaknya di sini, Tukang A lebih berbaloi digajikan berbanding dua tukang yang lain.

 

But, let’s me rephrase this.

 

Bagaimana pula jika Tukang B dan Tukang C tadi yang hanya mahir dalam satu-satu kerja itu mampu menyiapkan tugasannya lebih cepat dan bermutu berbanding Tukang A itu tadi?

 

Misalnya, Tukang A tadi mengambil masa 8 jam untuk menyiapkan satu section binaan dengan kapasitinya sendiri yang tahu 2-3 kerja tadi. Manakala, Tukang B dan C pula mampu menyiapkan binaan section yang sama dalam 2 jam sahaja dengan kemahiran seorang di dalam bancuhan simen dan seorang lagi dalam menyusun batu-bata.

 

Jelasnya di sini, produktiviti seseorang itu tidak sahaja terletak pada kuantiti kemahiran yang dimiliki dalam diri seseorang. Tetapi juga kualiti dalam diri individu tersebut yang menjadikan kemahirannya itu mahal dan bernilai.

 

Inilah peranan kami di AsiaCamp. Apabila menyentuh organisasi besar yang memerlukan ramai pekerja, kita mahu kuantiti yang ramai ini mampu menghasilkan kualiti dan produktiviti yang tinggi. Jika seorang pekerja mampu menghasilkan 5 pattern design, kenapa tidak kita asah dan latih pekerja-pekerja yang lain untuk turut sama mampu menghasilkan 5 design bahkan lebih untuk organisasinya?

Membangunkan kualiti setiap individu bersama-sama memerlukan kerjasama dari yang lain

Membangunkan kualiti setiap individu bersama-sama memerlukan kerjasama dari yang lain

 

Kesimpulannya, persoalan kualiti atau kuantiti ini tidak perlu lagi dibahaskan. Kita faham duduk dan kepentingan kedua-dua aspek ini. Namun, bagaimana untuk kita menggunakan aspek kualiti dan kuantiti ini untuk mendatangkan ‘cash-flow’atau conversion rate yang lebih bernilai buat organisasi di masa hadapan. Makanya, ia adalah satu peluang yang tidak boleh dipersiakan.