Kem Pelajar Cemerlang MUMTAZ UPSR/UPSRA 2019

Pada 19hb sehingga 21hb Julai 2019 yang lepas, telah berlangsung kem pelajar cemerlang MUMTAZ UPSR/UPSRA 2019 di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp. Kem pelajar cemerlang akademik ini merupakan bengkel rujukan pantas UPSR/UPSRA bagi pelajar tahun 6 dari beberapa sekolah berhampiran pekan Kuala Kubu Bahru di sini.

Objektif utama kem pelajar cemerlang ini adalah bertujuan memberikan para pelajar ruang membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR/UPSRA yang akan berlangsung tidak lama lagi. Di kem pelajar cemerlang ini penceramah-penceramahnya didatangkan khas dari guru-guru panitia yang biasa membuat soalan dan mereka yang menyemak kertas-kertas soalan bagi ujian UPSR/UPSRA.

Para pelajar khusyuk mendengar penjelasan teknik menjawab soalan

Antara lain, para pelajar turut diberikan pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan, menguasai sepenuhnya topik dan kemahiran yang diajar melalui contoh soalan yang diberikan, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan dan pada masa yang sama diharap membantu mencapai kecemerlangan pelajar-pelajar yang mengikuti program ini.

Kem ini turut memberikan pendedahan berkaitan praktikal pengurusan jenazah, ibadah Haji & Umrah serta amali kaedah pendidikan yang lain. Semua modul hebat yang telah disusun dengan baik ini diharapkan mampu meninggalkan momen terindah dan memberikan ilmu baru serta impak positif kepada semua pelajar mahupun pasukan kerja Kem cemerlang akademik MUMTAZ 2019 yang telah memberi sokongan dalam merealisasikannya.

Apa yang lebih menarik lagi, pada masa yang sama di bumi Asia Camp turut berlangsung perbarisan dan pertandingan kawad kaki unit beruniform yang menghimpunkan hampir 500 crowd terdiri dari perwakilan anggota polis dan kadet unit beruniform dari seluruh negara di Asia Camp. Oleh yang demikian, pada sesi kemuncak sebelah petang pada 19hb Julai, para pelajar kem cemerlang akademik MUMTAZ yang baru sampai ini turut menyaksikan perbarisan dan pertandingan kawad kaki badan unit beruniform berkenaan.

Pada hari pertama peserta tiba di Asia Camp di tengah kekalutan pertandingan kawad
Para peserta turut menyaksikan pertandingan kawad sebelum masuk ke unit dorm
Wajah-wajah gembira anak-anak UPSR yang menyertai kem
Suasana di dewan makan Asia Camp

Secara keseluruhannya, minggu 19hb Julai yang lalu merupakan hectic week kepada team managament di Asia Camp. Namun begitu, ia tidak menghalang pihak pengurusan Asia Camp dalam memberikan yang terbaik kepada lebih 80 para pelajar yang menyertai kem cemerlang akademik MUMTAZ pada kali ini. Adalah diharapkan semua pihak berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan akan terus-terusan menyokong pihak Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Untuk tempahan, sila hubungi nombor yang tertera seperti berikut: