Artical, Camp, Hobbies

MELATIH KESEIMBANGAN DIRI MELALUI AKTIVITI CLIMBING WALL DI ASIA CAMP

Climbing wall adalah salah satu aktiviti lasak bermanfaat yang sering dijalankan oleh para peserta kem jati diri di ASIA CAMP. Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan malah membina semangat keyakinan kepada diri sendiri dan juga ahli pasukan. semasa aktiviti ini dijalankan pada awalnya para peserta akan diminta untuk berada dalam pasukan masing-masing sebelum mereka bersedia untuk membantu seorang demi seorang ahli pasukan mereka untuk memanjat dinding tersebut.

Ini adalah dengan cara menyediakan tempat ahli pasukan mereka untuk memijak sebelum dia dapat memanjat dinding tersebut. Ada ahli yang sanggup menadahkan lengan mereka dalam aktiviti climbing wall ini bagi memastikan kawan mereka melepasi halangan. Ada juga yang sama-sama menolak ahli pasukan mereka supaya dapat berpaut pada dinding tersebut.

Walaupun kedengaran agak sukar dan mencabar malah memerlukan kekuatan fizikal dan semangat berpasukan yang tinggi, namun melalui riak dan wajah para peserta nyata mereka sangat seronok dan teruja dapat merasai pengalaman dalam aktiviti riadah lasak sebegini.

Tentu sahaja aktiviti riadah lasak sebegini tidak dapat dirasai dalam kehidupan rutin mereka seharian, maka apabila diberi peluang beriadah dalam kem rekreasi sebegini, tentu sahaja para peserta tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk mencipta pengalaman baru yang berharga.

Melalui aktiviti climbing wall ini juga para peserta akan belajar melatih keseimbangan diri semasa meniti dinding. Bagi mereka yang mempunyai keseimbangan yang kukuh dan sering bersenam tentu sahaja ia bukanlah satu riadah yang sukar. Namun begitu tidak bagi mereka yang bertubuh besar atau mereka yang takut akan ketinggian. Maka, di sinilah para peserta melatih diri mereka supaya mempercayai kebolehan diri sendiri.

 

Dinyatakan juga bahawa aktiviti memanjat dinding yang diadakan di ASIA CAMP adalah berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di pusat-pusat riadah atau lebih dikenali juga dengan nama Rock Climbing di mana peserta akan memanjat dan memijak batu-batu yang ada di dinding tersebut. Namun demikian, keseronokan dan manfaat yang akan diperolehi daripada aktiviti memanjat dinding di ASIA CAMP tetap akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga kepada para peserta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *