Team Building

Team Building LLM Staf Atasan

Team Building LLM Staf Atasan

MODUL TEAM BUILDING GAYA NABI UNTUK KETUA-KETUA MEMBANGUNKAN TIM MASING-MASING

 

——

 

  1. MAKLUMAT KURSUS

 

  1. LATAR BELAKANG PESERTA: Peserta yang sesuai mengikuti kursus ini adalah peringkat pegawai, eksekutif, dan supervisor yang mempunyai orang-orang bawahan.

 

  1. JUMLAH PESERTA: 30 orang

 

  1. TEMPOH KURSUS: 3 hari 2 malam

 

  1. GAYA KURSUS: Sesi di dalam bilik kuliah dan aktiviti rekreasi di luar.

 

  1. LEAD CONSULTANT: Tuan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

 

  1. LEAD TRAINER: Tuan Abdul Halim bin Ismail

 

  1. TRAINERS: Tuan Mohd Azizan Mohd Yunus, Tuan Syamsul Amri Abd. Razak, Puan Suhaili Ikhsan, Puan Nurhidayah Jaafar, Puan Armiati Ismail.

 

  1. BUKU-BUKU RUJUKAN: Buku Lead Like Muhammad, buku Motivate Like Muhammad 1 & 2.

 

 

  1. PENGENALAN MODUL

 

Biarpun judul modul ini adalah TEAM BUILDING GAYA NABI, namun konten modul itu adalah modul universal. Maksudnya, konten ilmu dan aktiviti dalam modul ini adalah teknikal sifatnya, bukan spitirual.

 

Kandungan modul ini mencontohi ‘actions and words’ yakni perbuatan dan kata-kata yang Nabi gunakan bagi membina pasukan-pasukannya. Tidak ada konten spiritual diajarkan.

 

Dengan menggunakan modul teknikal ini sesiapa sahaja, sama ada peserta yang beragama Islam ataupun mana-mana agama lain, sesuai ikut serta dalam aktiviti modul ini.

 

 

  1. PASUKAN NABI

 

Nabi adalah seorang ketua dan pemimpin yang berjaya mencapai semua matlamat perjuangannya. Salah satu caranya adalah beliau bangunkan sendiri pasukan-pasukannya.

 

Nabi membangunkan pasukan-pasukan yang cemerlang prestasinya, walaupun pada waktu mula-mula mereka masuk Islam majoritinya mereka itu bukan individu-individu yang cemerlang.

 

Selama berada di bawah pimpinan Nabi, beliau berjaya mendorong mereka secara bertahap-tahap dan perlahan-lahan berubah menjadi individu-individu yang cemerlang.

 

Ciri-ciri pasukan nabi:

 

  1. Mereka faham dengan jelas, serta mereka sokong visi dan misi besar perjuangan Nabi.

 

  1. Mereka rapat, saling hormati menghormati, saling bantu membantu, dan bersatu padu yakni tidak berpecah-belah sesama sendiri.

 

  1. Mereka akur, terima, patuhi dan laksanakan semua arahan dan suruhan Nabi.

 

  1. Mereka setia kepada Nabi.

 

  1. Mereka menjadikan Nabi sebagai sumber semangat, motivasi, dan inspirasi.

 

 

  1. USP DAN KELAINAN MODUL TEAM BUILDING GAYA NABI

 

  1. Semua aktiviti dalam modul ini adalah mencontohi aktiviti yang Nabi lakukan.

 

  1. Ilmu dan skill-skill yang dipindahkan dalam modul ini adalah berdasarkan prinsip dan teknik yang Nabi amalkan.

 

  1. Semua aktiviti dalam modul ini adalah syariah-compliant, yakni tidak terdapat unsur yang dilarang dalam agama.

 

Contoh aktiviti yang tidak syariah-compliant:

 

  1. Tidak ada aktiviti di mana air muka dan maruah peserta dijatuhkan di depan khalayak seperti menegur, mengkritik, memarahi secara terbuka peserta yang melakukan kesilapan dan kesalahan.

 

  1. Tidak ada aktiviti yang melanggar hukum agama, seperti aktiviti meletakkan peserta perempuan di tempat gelap pada waktu malam tanpa ditemani oleh muhrimnya.

 

iii. Tidak ada aktiviti di mana peserta mendedahkan aibnya sendiri apatah lagi mendedahkan aib orang-orang lain, sebagai mana yang berlaku dalam aktiviti ‘recall’ ataupun ‘fishbowl’.

 

  1. Tidak ada denda ataupun hukuman yang tidak syariah-compliant ke atas peserta. Contohnya, apabila satu orang peserta melakukan kesalahan maka seluruh anggota kumpulannya didenda ataupun dihukum lari keliling padang. Denda dan hukuman seperti itu melanggar prinsip dalam agama iaitu seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain.

 

 

  1. ILMU ‘HOW TO’ DAN SKILL-SKILL YANG DIPINDAHKAN KEPADA PESERTA

 

Apabila kursus tamat, dan peserta balik, mereka sudah mempunyai ilmu dan skill membina pasukan masing-masing.

 

Berikut adalah ‘actionable knowledge’ yang akan dibawa balik oleh peserta kursus ke tempat kerja masing-masing:

 

  1. KARISMA: 4 teknik menaikkan karisma ketua di mata orang bawahannya. Perbuatan, tingkah laku, ayat, kata-kata serta cara bercakap supaya orang bawahan menunjukkan rasa hormat terhadap ketua.

 

  1. MENGARAH: 3 teknik mengarah supaya dipatuhi oleh orang bawahan. Ciri bahasa dan struktur ayat yang betul apabila bercakap dengan tujuan mengarah dan menyusuh orang bawahan.

 

  1. MENGHUKUM: 3 teknik menghukum orang bawahan yang melanggar SOP dan peraturan. Cara berkesan menjaga kehormatan dan hubungan baik dengan orang bawahan apabila ketua terpaksa mengenakan denda ataupun hukuman ke atas orang bawahannya.

 

  1. MEMUJI: 5 cara memuji yang betul bagi menaikkan semangat kerja dan, dedikasi, dan produktiviti orang-orang bawahan.

 

  1. MELERAIKAN KONFLIK: 3 teknik mudah dan efektif menyelesaikan konflik dan permusuhan antara sesama orang bawahan.

 

  1. MEMBETULKAN AKHLAK: 4 teknik menyantuni orang-orang bawahan yang akhlaknya masih belum berapa baik, yakni mereka masih melakukan perbuatan yang salah.

 

  1. MENERIMA DAN MENOLAK IDEA: 3 teknik mendorong orang-orang bawahan supaya mereka tidak berasa segan dan berat hati hendak mengemukakan idea dan cadangan.

 

 

  1. JADUAL AKTIVITI

 

HARI 1

 

Peserta tiba di hotel ataupun resort dan mendaftar diri.

 

12.00 – Taklimat perjalanan kursus.

 

12.30 – Makan tengah hari

 

2.00 – Sesi 1

 

3.00 – Sesi 2

 

4.00 – Minum petang

 

4.30 – Rekreasi

 

7.00 – Makan malam

 

8.00 – Sesi 3

 

9.30 – Minum dan rehat malam

 

 

HARI 2

 

6.30 – Rekreasi

 

7.00 – Sarapan pagi

 

8.00 – Sesi 4

 

9.00 – Sesi 5

 

10.30 – Minum

 

11.00 – Sesi 6

 

12.30 – Makan tengah hari

 

2.00 – Sesi 7

 

3.00 – Sesi 8

 

4.00 – Minum petang

 

4.30 – Rekreasi

 

7.00 – Makan malam

 

8.00 – Sesi 9

 

9.30 – Minum dan rehat malam

 

 

HARI 3

 

6.30 – Rekreasi

 

7.00 – Sarapan pagi

 

8.00 – Sesi 10

 

9.00 – Sesi 11

 

10.30 – Minum

 

11.00 – Sesi 12

 

12.30 – Makan tengah hari

 

1.30 – SELAMAT JALAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *