Team Building

Tema Pengurusan Modul Team Building LLM

28 TEMA PENGURUSAN MODUL TEAM BUILDING LLM

 

SIRI 1: MENDORONG PERUBAHAN TINGKAH LAKU STAFF YANG MELANGGAR SOP KERJA

PROBLEM STAFF: Staff datang lambat, dia tidak patuh disiplin waktu kerja, orang lain sudah bekerja dia baru sampai, dan buat bising di tempat kerja, bahkan apabila ditanya dia tidak mengaku.

TEKNIK : Ketua tidak menyiasat kenapa staff datang lambat dan buat bising. Dia pura-pura tidak nampak kesalahan staffnya. Dia fokus tengok pada hasil kerjanya sahaja. Dia puji mutu kerja staffnya. Dia puji on the spot secara terbuka, semua orang boleh dengar.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua memarahi, memberi amaran, dan mendenda staff yang datang lambat.

KELEBIHAN TEKNIK : Hati staff itu berbunga-bunga, self-esteemnya naik. Dia bertambah hormat dan kasih kepada ketuanya. Kecintaan kepada ketuanya itu mendorong dia sendiri memperbaiki disiplin kerjanya tanpa perlu disuruh-suruh.

 

SIRI 2:  MEMELIHARA AIR MUKA STAFF YANG MELANGGAR SOP KERJA

PROBLEM STAFF: Staff tidak takut datang kerja lambat dan dia tidak berasa bersalah membuat bising sampai mengganggu suasana tenang di tempat kerja.

TEKNIK : Ketua memelihara air muka staff itu. Ketua tidak menegur staff itu, juga tidak dikritik sikapnya yang negatif terhadap disiplin kerja. Ketua juga tidak bertanya dan menyiasat punca staffnya datang lambat. Malah ketua tidak menasihati staff itu supaya membetulkan sikapnya.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memelihara maruah staff itu, si staff tidak memberontak, tidak membenci ketuanya. Dengan memuji hasil kerjanya yang bermutu tinggi, si staff berasa dirinya dimuliakan dan hasil kerjanya dihargai, meskipun dia melakukan kesilapan.

KELEBIHAN TEKNIK : Masalah yang ada selesai, dan tidak timbul masalah lain yang boleh berlaku seandainya air muka staff itu dijatuhkan di depan orang lain.

 

SIRI 3:  MERAIKAN BAKAT SENI STAFF

PROBLEM STAFF: Staff yang mempunyai bakat kreatif dalam bidang seni tetapi disiplin kerjanya lemah dan dia macam tak peduli apabila melanggar SOP di tempat kerja.

TEKNIK : Ketua pura-pura tidak nampak kesalahan staffnya. Sebaliknya, si ketua menghargai bakat dan mutu senikata ciptaan staffnya itu, walaupun kerja kreatif itu bukan atas arahan si ketua. Si ketua memuji on the spot kebagusan mutu hasil karya staffnya itu, dan pujian diberikan secara terbuka di depan pekerja lain.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua tidak menghargai bakat seni staff yang melanggar SOP di tempat kerja, apatah lagi karya seni itu tiada kaitan dengan tugas rasminya. Malah dia akan tegur kesalahan staffnya itu.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan fokus pada kebagusan mutu karya staffnya itu, si ketua mendapat rasa hormat dan kasih sayang dari staffnya, dan itu memudahkan si ketua mendorong staffnya supaya memperbaiki disiplin kerjanya.

 

SIRI 4:  BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN BESAR YANG DIKASIHI OLEH ORANG-ORANG KECIL

PROBLEM STAFF: Pekerja peringkat rendah dan orang kecil  sering kurang cemerlang dalam menjaga disiplin dalam pekerjaan mereka. Mereka cenderung melakukan banyak kesilapan dan tidak mematuhi SOP kerja.

TEKNIK : Ketua tidak mengkritik kesilapan dan kelemahan orang-orang kecil. Sebaliknya, ketua mencari peluang bagi menghargai sumbangan dan kepandaian orang kecil dengan memuji mutu hasil pekerjaan mereka. Dengan itu si ketua dapat menaikkan self-esteem mereka.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua menegur dan mengkritik kesilapan dan kelemahan orang-orang kecil, kononnya supaya mereka sedar dan membetulkan kesilapan mereka.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memuji kepandaian orang-orang kecil, hal itu menaikkan likeability personaliti si ketua, sehingga orang-orang kecil pun suka bekerja di bawah seliaannya. Apabila mereka suka kepada si ketua, barulah mereka lebih mudah ikut nasihat si ketua.

 

SIRI 4:  CARA BETUL MEMIMPIN GOLONGAN BAWAHAN SUPAYA MEREKA NAIK SEMANGAT MAHU BERUBAH

PROBLEM STAFF: Cabaran utama pemimpin adalah bagaimana hendak mentransformasi minda golongan rakyat jelata dan kelompok bawahan supaya mereka sendiri mahu mengubah budaya kerja mereka yang tidak cemerlang.

TEKNIK : Ketua tidak mencari-cari dan mengkritik kelemahan dan kesilapan golongan bawahan. Sebaliknya, si ketua memuji kepandaian dan kelebihan yang sedia ada pada mereka.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua mempersalahkan orang-orang bawahan atas sikap mereka yang menjadi punca keadaan mereka yang tidak maju, masih lemah, masih ketinggalan.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memuji secara terbuka kepandaian orang kecil dan orang bawahan berasa diri mereka dihargai dan diberdayakan, sehingga mereka sendiri mahu memperbaiki situasi mereka, yakni tidak perlu digesa-gesa lagi.

 

SIRI 6:  LEADER YANG MAMPU MENJADI SUMBER INSPIRASI DAN SEMANGAT KEPADA ORANG KECIL DAN ORANG BIASA

PROBLEM STAFF: Cabaran utama dalam menjadi pemimpin dan ketua kepada orang-orang kecil dan rakyat biasa adalah bagaimana caranya ketua hendak mengubah mindset golongan itu.

TEKNIK : Ketua tidak menjatuhkan maruah dan air muka mereka dengan mendedahkan kekurangan, kelemahan, dan kesilapan mereka. Sebaliknya, ketua menaikkan maruah mereka, membuat mereka percaya bahawa mereka memiliki kelebihan dan kepandaian, dan mereka mampu memperbaiki keadaan mereka sendiri.

TEKNIK TRADISIONAL: Orang-orang kecil dan bawahan selalu digesa-gesa, disuruh-suruh, ditekan-tekan supaya mahu mengubah sikap-sikap negatif mereka.

KELEBIHAN TEKNIK : Orang kecil-kecil dan rakyat biasa berasa mereka mempunyai pemimpin dan ketua yang memahami jiwa mereka, yang mampu memberi mereka semangat dan inspirasi.

 

SIRI 7:  MENDORONG ANAK BUAH SUPAYA MEREKA SUKA MERINGANKAN BEBAN TUGAS KETUA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH OPERASI

PROBLEM STAFF: Salah satu masalah ketua adalah banyaknya problem yang perlu diselesaikannya, manakala anak-anak buahnya pula cuma menunggu arahan. Jika tidak disuruh, tidak dibuat. Padahal mereka itu berpelajaran tinggi, tetapi mereka bersikap pasif, membiarkan sahaja masalah berlaku di depan mata mereka.

TEKNIK : Apabila anak buah mengemukakan cadangan, ketua tidak komen, tidak ulas, tidak kritik apa-apa idea dan cadangan dari anak buah, biarpun idea mereka itu buruk dan tidak praktikal.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua akan beri ulasan dan komen apa-apa sahaja idea dan cadangan dari anak buahnya, sampai lama kelamaan si anak buah tidak mahu lagi mengemukakan ideanya.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak membuat sebarang komen dan ulasan, si anak buah tidak takut hendak mengemukakan ideanya, biarpun ideanya itu gila-gila ataupun tidak kreatif.

 

SIRI 8:  CARA BETUL MENILAI IDEA BARU DAN CADANGAN DARI ANAK-ANAK BUAH

PROBLEM STAFF: Banyak pekerja dan orang bawahan berat hati hendak mengemukakan idea dan cadangan kepada majikan dan ketua mereka. Mereka tidak mahu jatuh air muka di depan rakan sekerja apabila cadangan mereka dinilai dan ditolak secara terbuka oleh ketua.

TEKNIK : Ketua hanya mendengar semua idea dan cadangan. Ketua menilai idea-idea dalam hati sahaja manakala mulut diam. Tidak ada komen dari ketua. Tidak ada ulasan. Idea yang ditolak tidak dikomen, begitu juga idea yang diterima pun tidak dikomen.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua menerangkan alasan mengapa idea itu ditolak ataupun diterima. Idea yang ditolak diterangkan kecacatan, kelemahan, dan kekurangannya. Itu menjatuhkan air muka anak buah yang mengemukakan idea itu.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan merahsiakan alasan mengapa idea itu ditolak ataupun diterima, pihak yang mencadangkan idea itu tidak jatuh air mukanya.

 

SIRI 9:  MENDORONG ANAK-ANAK BUAH SUPAYA MEREKA SELESAIKAN MASALAH PEKERJAAN MEREKA SENDIRI

PROBLEM STAFF: Kerap berlaku apabila pekerja ataupun orang bawahan mengalami masalah, mereka akan laporkan masalah itu kepada ketua supaya ketua fikirkan solusinya. Ini namanya reverse delegation. Sepatutnya orang bawahan yang fikirkan solusinya dan minta persetujuan ketua.

TEKNIK : Ketua ambil sikap terbuka kepada idea-idea solusi yang difikirkan oleh anak-anak buahnya. Tugas ketua adalah mendengar, menilai, memilih idea yang terbaik dan melantik pelaksana idea itu.

TEKNIK TRADISIONAL: Yang kerap berlaku, anak buah melaporkan masalah kepada ketua, dan ketua yang akan mencari solusinya.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memberi kuasa berfikir kepada orang-orang bawahan, beban ketua menjadi ringan, dia dapat menjalankan kerja hakikinya, manakala anak-anak buah seronok idea mereka diterima.

 

SIRI 10: . CARA MENDORONG ANAK-ANAK BUAH MAHU MENGEMUKAKAN CADANGAN DAN IDEA

PROBLEM STAFF: Dalam perbincangan dan mensyuarat, kerap berlaku apabila ketua meminta sebarang idea dan cadangan, anak-anak buah senyap sahaja, tidak mahu mengemukakan cadangan. Tetapi di luar mesyuarat mereka banyak bercakap-cakap, menyuarakan pendapat dan perasaan tidak puas hati.

TEKNIK : Apabila anak-anak buah berbincang, ketua tidak ikut bercakap dalam perbincangan itu. Ketua macam orang bisu. Walaupun ketua setuju, ketua tidak bercakap. Begitu juga, andainya ketua tidak setuju, ketua tidak bercakap.

TEKNIK TRADISIONAL: Dalam amalan yang biasa, si ketua banyak bercakap dan memberitahu pendapatnya berkenaan perkara yang sedang dibincangkan.

KELEBIHAN TEKNIK : Apabila ketua hadir tetapi diam sahaja, anak-anak buah bebas mengemukakan pendapat, idea dan cadangan. Engagement mereka lebih tinggi. Lebih banyak idea dikemukakan.

 

SIRI 11:  MENGASINGKAN ANTARA TUGAS MENCIPTA IDEA DAN TUGAS MELAKSANAKAN IDEA

PROBLEM STAFF: Idea-idea baru adalah sumber kemajuan dan kemampuan syarikat bertahan dalam pasaran. Pekerja dan anak-anak buah adalah sumber idea-idea baru, namun kerap berlaku pekerja tidak mahu mengemukakan cadangan dan idea.

TEKNIK : Ketua membezakan dua jenis pekerja ini, iaitu golongan pekerja yang kreatif, mereka yang mempunyai banyak idea dengan golongan pekerja yang tidak kreatif tetapi mereka mampu melaksanakan idea.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua melantik pekerja yang mengemukakan ideanya supaya dialah juga yang ditugaskan melaksanakan ideanya itu.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak melantik pekerja yang mengemukakan idea supaya dia juga yang melaksanakan ideanya itu, semua orang menjadi berani mengemukakan idea-idea mereka.

 

SIRI 12:  CARA BETUL DAN CARA SALAH APABILA MENERIMA IDEA BAGUS DARI ANAK BUAH.

PROBLEM STAFF: Kerap berlaku apabila ada staff yang mengemukakan idea bagus lalu ketua terima idea itu dan diberi penghargaan, tindakan si ketua itu menimbulkan kesan-kesan negatif seperti pekerja lain timbul rasa cemburu, mereka tuduh staff itu kaki bodek ketua, dan mereka tidak mahu membantu pelaksanaan idea itu.

TEKNIK : Ketua terima sahaja idea kreatif staff itu. Ketua tidak memuji kebagusan idea itu, dia juga tidak mengucapkan kata-kata memuji dan menghargai staff yang mengemukakan idea itu.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua menerangkan alasan-alasan mengapa dia suka idea itu serta memuji kreativiti pekerja yang menyumbangkan idea itu. Ketua juga beritahu rasional mengapa idea-idea dari pekerja lain terpaksa ditolak.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak memuji idea itu ataupun kepintaran pencipta idea itu, ketua tidak dipandang seorang yang pilih kasih.

 

SIRI 13:  CARA BETUL MENYERAHKAN TUGAS BAGI MELAKSANAKAN IDEA KREATIF

PROBLEM STAFF: Banyak ketua kurang berminat hendak mengubah cara-cara lama dan menggantikannya dengan idea baru. Idea baru menyebabkan timbulnya beban tugas baru. Hal itu kerana apabila dia mahu melaksanakan idea baru itu dia akan mengalami bebanan kerja yang lebih banyak disebabkan staffnya perlu diberitahu secara detail bagaimana idea baru itu perlu dilaksanakan.

TEKNIK : Ketua cuma terangkan sahaja hasil kerja atau outcome yang dia mahukan, istilahnya managing the oucome. Dia tidak perlu terangkan kepada staff bagaimana pekerjaan itu sepatutnya dilakukan langkah demi langkah. Si ketua turunkan saja kuasa mencipta cara-cara kerja baru kepada staff yang dilantik. Itu namanya managing the process.

TEKNIK TRADISIONAL: Dalam cara lama si ketua yang mencipta cara kerja baru, dan dia akan terangkan satu persatu, cara-cara bagaimana pekerjaan itu perlu dilakukan. Itu namanya micromanagement.

KELEBIHAN TEKNIK : Dua kelebihan apabila ketua menurunkan tanggungjawab mencipta proses kerja kepada staff. Pertama beban kerja si ketua menjadi ringan, kedua staff berasa lebih puas hati atas kepercayaan yang diberikan dan pada mutu hasil kerjanya sendiri.

 

SIRI 14:  CARA MENGGALAKKAN PEKERJA PERINGKAT RENDAH SUPAYA MEREKA SUKA IKUT MENGEMUKAKAN IDEA DAN CADANGAN

PROBLEM STAFF: Dalam dunia pekerjaan, semua pekerja mengalami macam-macam problem dalam menjalankan pekerjaan masing-masing. Lazimnya staff peringkat rendah tidak mahu mengemukakan kepada ketua cadangan dan idea bagaimana masalah mereka dapat diselesaikan. Mereka diam sahaja, bersabar saja dengan kesukaran pada pekerjaan mereka.

TEKNIK : Apabila ada pekerja ataupun anak-anak buah mengemukakan idea, si ketua tidak meminta supaya mereka kemukakan hujah-hujah dan dan rasional kelebihan idea mereka. Ketua tidak bertanya apa-apa soalan yang perlukan jawapan. Staff cuma kemukakan idea sahaja, tidak perlu mereka berikan alasan di sebalik idea mereka.

TEKNIK TRADISIONAL: Dalam majlis diskusi cara tradisional, hanya kelompok atasan sahaja yang konfiden dan yakin untuk bercakap dan mengemukakan idea mereka. Manakala orang kecil bersikap pasif, rendah diri, tidak yakin untuk ke depan dan menyuarakan cadangan mereka.

KELEBIHAN TEKNIK : Dalam sesi brainstorming gaya  semua orang berasa selesa bercakap dan mengemukakan idea. Orang kecil dan pekerja peringkat rendah pun mahu ikut sama menyumbangkan idea solusi masalah.

 

SIRI 15:  CARA MENYANTUNI GOLONGAN YANG TIDAK MAMPU MENCIPTA IDEA-IDEA KREATIF BAGI MENYELESAIKAN MASALAH

PROBLEM STAFF: Dalam kalangan pekerja dan anak-anak buah, ada golongan yang kreatif dan ada yang tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah. Ada antara mereka yang meskipun tidak kreatif mereka tetap mahu menonjolkan diri dengan ikut serta bercakap dan menyumbangkan idea. Jika ketua tersalah melayan mereka, akibatnya sesi perbincangan boleh menjadi panjang dan panas.

TEKNIK : Ketua hanya mendengar sahaja mereka yang tidak kreatif mengemukakan idea dan cadangan mereka. Ketua tidak komen, tidak ulas idea mereka yang tidak kreatif. Apabila menolak idea mereka, ketua tolak dalam diam sahaja, tidak diberitahu mengapa idea mereka tidak diterima.

TEKNIK TRADISIONAL: Lazimnya ketua akan tolak idea mereka kerana tidak cukup kreatif dan diberikan alasan-alasan mengapa idea mereka tidak dapat diterima seperti banyak kekurangan, kelemahan, tidak memenuhi kriteria, tidak menguntungkan, sukar dilaksanakan dll.

KELEBIHAN TEKNIK : Menolak idea dengan diam, langsung tidak diberitahu mengapa idea itu ditolak, cara itu mempunyai banyak kesan positif, yang paling penting ia memelihara air muka dan maruah mereka yang ideanya ditolak, mereka tidak menjadi defensif.

 

 

SIRI 16:  CARA MEMERAH DAN MEMPERGUNAKAN OTAK ORANG-ORANG BAWAHAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH

PROBLEM STAFF: Dalam banyak syarikat dan organisasi, para pekerjanya yang pandai-pandai dan berkelulusan tinggi tetapi mereka itu under perform, ibarat lori kontena panjang yang hanya digunakan bagi mengangkut 2 bakul durian. Ketua dan pemimpin organisasi tak dapat hendak mempergunakan potensi orang bawahannya.

TEKNIK : Ketua membangunkan budaya berfikir secara kreatif dan sukarela dalam kalangan orang-orang bawahannya. Ketua tidak mengarahkan anak buah supaya gunakan otak kreatif mereka, sebaliknya mereka sendiri yang berfikir mencari solusi. Apabila anak-anak buah mengalami problem, biarkan mereka sendiri memikirkan solusi yang kreatif. Ketua pilih idea yang paling kreatif dan laksanakan idea kreatif itu dengan segera.

TEKNIK TRADISIONAL: Apabila ada problem, anak-anak buah laporkan problem itu kepada ketua. Masalah anak-anak buah menjadi masalah si ketua. Si ketua yang berfikir bagaimana hendak menyelesaikan problem itu. Anak-anak buah tunggu arahan sahaja.

KELEBIHAN TEKNIK : Apabila timbul problem, ketua tidak perlu memikirkan solusi problem itu. Semua anak-anak buahnya ikut sama mencari solusinya. Masalah anak-anak buah diselesaikan oleh anak-anak buah sendiri.

 

 

SIRI 17:  MENDORONG PERUBAHAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PELAKU DOSA-DOSA PERIBADI JENIS BERAT

 

PROBLEM STAFF: Biasa berlaku, dalam kalangan orang-orang bawahan, ada golongan yang berasa diri mereka didiskriminasi, yakni tidak dilayan oleh ketua sama macam rakan-rakan mereka yang lain, hanya disebabkan diri mereka tidak sama bulu dengan diri si ketua.

TEKNIK : Ketua bersikap terbuka, dia terima semua jenis orang yang mahu berada di bawah sayap pimpinannya, termasuklah golongan pelaku dosa-dosa peribadi yang berat seperti peminum arak. Ketua menawarkan kepimpinannya dan persahabatannya kepada semua orang.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua hanya berkawan dengan golongan tertentu sahaja, yakni dia bersikap eksklusif. Si ketua mengamalkan dasar kepimpinan dan persahabatan tertutup.

 

KELEBIHAN TEKNIK : Ketua melayan semua anak buahnya dengan layanan yang memuliakan, tanpa mengira perbezaan bulu. Manfaat kepimpinan si ketua itu dinikmati oleh semua golongan.

 

 

SIRI 18:  MENJADI PEMIMPIN YANG POPULAR DAN DIKASIHI OLEH GOLONGAN TERPINGGIR

 

PROBLEM STAFF: Cabaran menjadi pemimpin yang universal, yang mampu memimpin semua golongan manusia. Cabaran utama adalah bagaimana hendak mendorong orang-orang bawahan yang masih terlibat dalam aktiviti dosa-dosa peribadi yang berat.

TEKNIK : Ketua menjadikan dirinya seorang yang ‘very likeable’ kepada semua golongan, sampaikan golongan pemabuk pun amat kasih kepada ketuanya. Ketua sengaja menjadikan dirinya seorang yang mudah disukai dan dikasihi oleh golongan pendosa. Apabila si pendosa dikutuk oleh orang baik-baik, si ketua yang ke depan dan membela maruah si pemabuk itu.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua yang berasa dirinya orang baik hanya mahu memimpin golongan yang sebulu dengan dirinya sendiri. Ketua menolak, memandang rendah, dan mengcam golongan pendosa.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan menjadi ketua yang very likeable sekalipun kepada golongan pendosa, barulah mudah bagi si ketua mendorong perubahan tingkah laku anak-anak buahnya.

 

 

SIRI 19:  BAGAIMANA CARA PEMIMPIN BERGAUL DAN BERSAHABAT DENGAN GOLONGAN PENDOSA

 

PROBLEM STAFF: Menjadi pemimpin dan ketua kepada anak-anak buah yang terdiri daripada golongan baik-baik adalah amat mudah kerana mereka sudah sedia baik. Cabaran utama menjadi ketua yang universal adalah tidak ada kursus yang mengajar cara-cara memimpin golongan pendosa dan mendorong mereka menjadi orang baik.

TEKNIK : Ketua menerima diri golongan pendosa dalam keadaan mereka seadanya. Ketua menjaga hubungan baik dan menyantuni golongan pendosa dengan tidak menasihati, menegur, ataupun mengkritik perbuatan buruk mereka. Apabila perlu mengenakan hukuman dan denda kepada si pendosa, ketua melaksanakannya dengan diam, tidak berkata apa-apa. Apabila si pendosa dikutuk orang, si ketua yang ke depan mempertahankan maruah di pendosa. Dalam perkara yang baik, ketua memuji kebaikan si pendosa.

TEKNIK TRADISIONAL: Kepada golongan pendosa si ketua menerangkan kesilapan dan kelemahan golongan mereka, dengan niat kononnya supaya mereka itu sedar dan insaf. Ketua mengucapkan kata-kata seruan, nasihat, teguran, kritikan, pujukan, suruhan, gesaan, dan ancaman.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan mengamalkan pergaulan yang baik dan mesra, golongan pendosa menghormati dan mengasihi pemimpin dan ketua mereka. Perasaan hormat dan kasih itu mendorong mereka mencontohi akhlak baik ketuanya.

 

 

SIRI 20:  BAGAIMANA KETUA MENJALANKAN HUKUMAN KE ATAS ANAK BUAH YANG JUGA SAHABATNYA SENDIRI

 

PROBLEM STAFF: Salah satu cabaran menjadi pemimpin ataupun ketua adalah apabila berlaku kejadian di mana anak buah yang rapat dan dikasihi tetapi dia melakukan kesalahan yang perlu dihukum.

TEKNIK : Ketua tidak pilih kasih. Ketua tetap menghukum anak buah kesayangannya itu, tetapi dia arahkan supaya anak buahnya yang lain supaya melaksanakan hukuman itu. Ketua tidak melaksanakan hukuman itu secara direct. Ketua diam sahaja, tidak menegur ataupun menasihati, tidak juga meminta maaf kerana terpaksa menjalankan tugasnya sebagai ketua. Selepas menghukum, si ketua bergaul macam biasa dengan anak buahnya itu, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua berasa amat serba salah. Kepada anak buahnya yang bersalah itu dia beritahu bahawa dia amat  kesal atas sikap anak buahnya itu, bahawa dia kecewa, dan dia minta maaf kerana terpaksa menjalankan hukuman.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak berkata sepatah pun kepada anak buah yang bersalah itu, hubungan baik dan persahabatan antara si ketua dengan si pesalah dapat dikekalkan. Proses mendorong perubahan tingkah laku si anak buah dapat diteruskan dalam suasana serba baik dan sihat.

 

SIRI 21:  BAGAIMANA MENARIK GOLONGAN PENDOSA SUPAYA MEREKA MAHU MASUK KUMPULAN GOLONGAN BAIK

PROBLEM STAFF: Burung sebulu terbang bersama, itu fitrah alam. Pendosa berkumpul sesama pendosa. Pendosa mudah mempengaruhi pendosa. Cabaran utama menjadi transformational leader adalah bagaimana hendak menarik golongan pendosa supaya mereka mahu bersahabat dengan golongan baik-baik.

TEKNIK : Ketua menjadikan dirinya seorang yang disukai oleh golongan pendosa. Ketua bergaul dan melayan pendosa sama macam mana dia melayan golongan orang baik-baik, tidak dibeza-bezakan. Dalam majlisnya, orang baik dan pendosa duduk bersama. Apabila ada orang baik mengutuk pendosa, ketua terus ke depan mempertahankan maruah pendosa.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua tidak mahu menjadi pemimpin kepada golongan pendosa. Malah ketua berkempen kepada pengikutnya supaya jangan berkawan dengan pendosa, dikhuatiri nanti akan terpengaruh dan ikut melakukan dosa.

KELEBIHAN TEKNIK : Pendosa lebih mudah mendengar cakap dan nasihat dari ketua dan pemimpin yang mereka sukai, hormati, dan kasihi.

 

SIRI 22:  BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN YANG DIKASIHI GOLONGAN PENDOSA

PROBLEM STAFF: Cabaran menjadi ketua kepada orang bawahan yang melakukan dosa-dosa peribadi adalah macam mana hendak menutup mulut apabila nampak mereka melakukan kesalahan yang berdosa.

TEKNIK : Ketua tidak mendedahkan aib golongan pendosa, tidak menegur ataupun mengkritik kesalahan mereka. Malah menasihati mereka pun tidak. Sebaliknya si ketua menjaga dan membela maruah golongan pendosa itu, dan si ketua memuji sifat-sifat baik yang ada pada si pendosa.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua tidak berusaha menjadi seorang sahabat yang dikasihi oleh anak-anak buahnya yang masih melakukan dosa peribadi yang berat.

KELEBIHAN TEKNIK : Apabila golongan pendosa menyukai peribadi ketuanya barulah mereka terpengaruh oleh sikap baik dan tingkah laku mulia si ketuanya, dengan cara itu mereka sendiri mahu menjadi baik seperti ketuanya.

 

SIRI 23:  TUGAS PEMIMPIN ADALAH MEMELIHARA DAN MENAIKKAN SELF-ESTEEM ANAK-ANAK BUAHNYA

PROBLEM STAFF: Dalam kalangan anak-anak buah, ada yang mempunyai isu tidak menjaga maruahnya sendiri, di mana mereka terlibat dengan tingkah laku yang buruk sehingga menjadi bahan kutukan orang.

TEKNIK : Apabila anakn buahnya melakukan kesilapan, sehingga ada orang mengkritik, memandang rendah, dan menjatuhkan maruah anak-anak buahnya, si ketua yang ke depan dan mempertahankan maruah anak buahnya. Caranya adalah dengan memuji sifat baik dan mulia yang ada pada anak buahnya.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua anggap urusan maruah anak buahnya adalah urusan peribadi mereka sendiri, bukan tanggungjawab seseorang ketua.

KELEBIHAN TEKNIK : Apabila self-esteem anak-anak buahnya dipelihara dan dinaikkan, dengan sendiri karisma dan daya pengaruh si ketua menjadi semakin tinggi di mata anak-anak buahnya. Mereka memandang si ketua dengan pandangan kasih sayang dan rasa hormat.

 

SIRI 24:  CARA BETUL MENDORONG ORANG BAWAHAN SUPAYA MEREKA MAHU MEMBUAT PERKARA-PERKARA YANG BAIK

PROBLEM STAFF:  Dalam kalangan orang-orang bawahan dan anak-anak buah, ada yang sudah mengamalkan perkara-perkara yang baik, manakala ada yang masih belum mahu mengamalkannya.

TEKNIK : Ketua tidak menegur ataupun mengkritik sikap negatif golongan yang masih belum mahu mengamalkan perkara yang baik. Ketua tidak juga membanding-bandingkan sikap negatif mereka itu dengan sikap positif anak-anak buahnya yang sudah mengamalkannya.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua menegur dan mengkritik sikap negatif anak-anak buahnya yang belum mahu mengamalkan perkara yang baik, dengan andaian teguran macam itu dapat mendorong mereka membetulkan sikap negatif mereka.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak menegur ataupun mengkritik sikap negatif anak-anak buahnya, cara itu menaikkan likeability si ketua di mata mereka.

 

 

SIRI 25: CARA BETUL MENDORONG ORANG-ORANG BAWAHAN SUPAYA MEREKA MAHU MELAKUKAN PERBUATAN YANG BAIK DAN BETUL

PROBLEM STAFF: Orang-orang bawahan dan anak-anak buah suka melakukan perbuatan yang baik yang betul, tetapi mereka tidak suka diseru-seru, diajak-ajak, disuruh-suruh, diarah-arah apatah lagi ditekan-tekan supaya membuat perkara baik itu.

TEKNIK : Ketua tidak bercakap kepada orang bawahannya menggunakan ayat-ayat seruan, ajakan, suruhan, ataupun ayat arahan, sebaliknya ketua menggunakan ayat informasi yang menerangkan nilai perbuatan yang betul itu. Nilai yang diterangkan itu adalah nilai ganjaran atau reward bagi perbuatan itu.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua mempersoal orang bawahannya kenapa mereka tidak mahu buat perkara yang baik itu, dan diterangkan kerugiannya andainya mereka masih terus tidak mahu buat.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan menggunakan ayat-ayat informasi nilai, orang bawahan dan anak-anak buah akan nampak keuntungannya melakukan perbuatan itu. Mereka terdorong melakukan perbuatan itu tanpa perlu ditekan-tekan. Pada waktu yang sama likeability si ketua kekal tinggi di mata mereka.

 

 

SIRI 26:  CARA BETUL APABILA MENYURUH ANAK BUAH SUPAYA MENCONTOHI PERBUATAN YANG BAIK

PROBLEM STAFF: Dalam kalangan orang bawahan ada yang pekerjaannya belum berapa betul. Apabila mendorong supaya mereka perbaiki cara kerja mereka, ada masanya mereka itu berkecil hati, berasa diri mereka dimalukan.

TEKNIK : Ketua mengaplikasi prinsip ‘tunjukkan model yang betul sahaja, jangan tunjukkan model yang salah’. Ketua memberitahu kepada orang bawahannya contoh sebenar perbuatan positif yang dia mahu supaya orang bawahannya contohi. Ketua tidak membanding-bandingkan antara perbuatan yang betul dan yang salah, yakni ketua tidak tunjukkan contoh perbuatan yang negatif, tidak elok, dan salah.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua beritahu anak-anak buahnya perbuatan yang negatif, yang tidak elok, yang salah yang dia tak mahu mereka lakukan.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan tidak langsung menunjukkan contoh-contoh perbuatan yang salah, hasilnya tidak ada mana-mana pihak yang berasa dirinya disindir, dimalukan, dan dikutuk.

 

 

SIRI 27: CARA BETUL MENDORONG ORANG BAWAHAN SUPAYA MAHU AMBIL LANGKAH MEMULAKAN PERUBAHAN

PROBLEM STAFF: Cabaran menjadi ketua adalah mendorong anak buah supaya mahu berubah, yakni mahu menjadi lebih baik. Jika salah caranya, perkara itu boleh menyebabkan mereka menentang perubahan itu dengan memberikan bermacam-macam alasan dan hujah.

TEKNIK : Apabila mendorong anak-anak buah supaya memulakan perubahan, ketua tunjukkan 3 model pilihan, semuanya betul belaka, boleh diterima, perbezaannya adalah pada gred. Ada gred A, gred B, dan gred C. Anak-anak buah boleh pilih model mana yang sesuai dengan mereka.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua hanya berikan 1 model sahaja, yakni model yang perfek. Itu adalah model zero sum game, yakni hanya ada 1 cara yang betul. Kalau betul, betul 100% kalau salah, salah 100%.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memberikan 3 model betul, anak-anak buah mempunyai kebebasan memilih. Mereka tidak berasa diri mereka dipaksa.

 

 

SIRI 28:  CARA BETUL MENUNJUKKAN CONTOH KERJA YANG BETUL KEPADA ANAK BUAH YANG BELUM PANDAI MELAKUKAN KERJA ITU

PROBLEM STAFF: Dalam kalangan orang bawahan, ada yang sudah pandai membuat kerja, ada yang belum. Yang sudah pandai perlu dipuji, tetapi jika salah cara memuji hal itu boleh menimbulkan masalah.

TEKNIK : Di hadapan anak-anak buah yang belum pandai membuat kerja, ketua memuji anak buahnya yang sudah pandai membuat kerja, tetapi pujian itu perlu diucapkan di belakang mereka. Mereka yang dipuji itu tidak perlu tahu mereka dipuji oleh si ketua. Ketua memuji hasil kerja mereka yang bagus, bukan memuji diri mereka. Pujian itu diucapkan secara LIVE, bukan ditangguhkan.

TEKNIK TRADISIONAL: Ketua memuji anak buah yang pandai buat kerja di hadapan anak-anak buahnya yang masih belum pandai membuat kerja yang sama, dengan niat kononnya pujian macam itu dapat mendorong mereka supaya mencontohi anak buah yang dipuji itu.

KELEBIHAN TEKNIK : Dengan memuji di belakang dan memuji hasil kerjanya, cara itu tidak menimbulkan perasaan iri hati ataupun cemburu.

TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *