Team Building LLM Staf Sokongan

MODUL TEAM BUILDING GAYA NABI KHUSUS UNTUK STAFF PERINGKAT SOKONGAN

 

  1. MAKLUMAT KURSUS

 

  1. LATAR BELAKANG PESERTA: Peserta yang sesuai mengikuti kursus ini adalah KETUA UNIT bersama-sama dengan semua orang bawahannya.

 

  1. JUMLAH PESERTA: Ketua Unit dan semua orang bawahannya.

 

  1. TEMPOH KURSUS: 3 hari 2 malam

 

  1. GAYA KURSUS: 40% sesi di dalam bilik kuliah. 60% aktiviti rekreasi di luar.

 

  1. LEAD CONSULTANT: Tuan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

 

  1. LEAD TRAINER: Tuan Abdul Halim bin Ismail

 

  1. TRAINERS: Tuan Mohd Azizan Mohd Yunus, Tuan Syamsul Amri Abd. Razak, Puan Suhaili Ikhsan, Puan Nurhidayah Jaafar, Puan Armiati Ismail.

 

  1. BUKU-BUKU RUJUKAN: Buku Lead Like Muhammad, buku Motivate Like Muhammad 1 & 2.

 

 

  1. PENGENALAN MODUL

 

Biarpun judul modul ini adalah TEAM BUILDING GAYA NABI, namun konten modul itu adalah modul universal. Maksudnya, konten ilmu dan aktiviti dalam modul ini adalah teknikal sifatnya, bukan spitirual.

 

Kandungan modul ini mencontohi ‘actions and words’ yakni perbuatan dan kata-kata yang Nabi gunakan bagi membina pasukan-pasukannya. Tidak ada konten spiritual diajarkan.

 

Dengan menggunakan modul teknikal ini sesiapa sahaja, sama ada peserta yang beragama Islam ataupun mana-mana agama lain, sesuai ikut serta dalam aktiviti modul ini.

 

 

  1. PASUKAN NABI

 

Nabi adalah seorang ketua dan pemimpin yang berjaya mencapai semua matlamat perjuangannya. Salah satu caranya adalah beliau bangunkan sendiri pasukan-pasukannya.

 

Nabi membangunkan pasukan-pasukan yang cemerlang prestasinya, walaupun pada waktu mula-mula mereka masuk Islam majoritinya mereka itu bukan individu-individu yang cemerlang.

 

Selama berada di bawah pimpinan Nabi, beliau berjaya mendorong mereka secara bertahap-tahap dan perlahan-lahan berubah menjadi individu-individu yang cemerlang.

 

Ciri-ciri pasukan nabi:

 

  1. Mereka faham dengan jelas, serta mereka sokong visi dan misi besar perjuangan Nabi.

 

  1. Mereka rapat, saling hormati menghormati, saling bantu membantu, dan bersatu padu yakni tidak berpecah-belah sesama sendiri.

 

  1. Mereka akur, terima, patuhi dan laksanakan semua arahan dan suruhan Nabi.

 

  1. Mereka setia kepada Nabi.

 

  1. Mereka menjadikan Nabi sebagai sumber semangat, motivasi, dan inspirasi.

 

 

  1. USP DAN KELAINAN MODUL TEAM BUILDING GAYA NABI

 

  1. Semua aktiviti dalam modul ini adalah mencontohi aktiviti yang Nabi lakukan.

 

  1. Ilmu dan skill-skill yang dipindahkan dalam modul ini adalah berdasarkan prinsip dan teknik yang Nabi amalkan.

 

  1. Semua aktiviti dalam modul ini adalah syariah-compliant, yakni tidak terdapat unsur yang dilarang dalam agama.

 

Contoh aktiviti yang tidak syariah-compliant:

 

  1. Tidak ada aktiviti di mana air muka dan maruah peserta dijatuhkan di depan khalayak seperti menegur, mengkritik, memarahi secara terbuka peserta yang melakukan kesilapan dan kesalahan.

 

  1. Tidak ada aktiviti yang melanggar hukum agama, seperti aktiviti meletakkan peserta perempuan di tempat gelap pada waktu malam tanpa ditemani oleh muhrimnya.

 

iii. Tidak ada aktiviti di mana peserta mendedahkan aibnya sendiri apatah lagi mendedahkan aib orang-orang lain, sebagai mana yang berlaku dalam aktiviti ‘recall’ ataupun ‘fishbowl’.

 

  1. Tidak ada denda ataupun hukuman yang tidak syariah-compliant ke atas peserta. Contohnya, apabila satu orang peserta melakukan kesalahan maka seluruh anggota kumpulannya didenda ataupun dihukum lari keliling padang. Denda dan hukuman seperti itu melanggar prinsip dalam agama iaitu seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain.

 

 

  1. ILMU ‘HOW TO’ DAN SKILL-SKILL YANG DIPINDAHKAN KEPADA PESERTA

 

Apabila kursus tamat inilah skill yang dibawa balik oleh peserta ke tempat kerja masing-masing:

 

  1. Mereka tahu teknik bercakap bagi menjadi seorang yang likeable, yakni mudah disukai oleh rakan-rakan sekerja.

 

  1. Mereka tahu teknik bercakap kepada rakan-rakan sekerja dengan cara yang ‘uplifting’, yakni buat orang yang mendengar cakapnya rasa diri mereka diangkat.

 

  1. Mereka tahu teknik menegur yang selamat, yakni orang yang ditegur tidak rasa malu, tidak rasa air mukanya dijatuhkan, dan tidak kecil hati.

 

Berikut adalah ‘actionable knowledge’ yang akan dibawa balik oleh peserta kursus ke tempat kerja masing-masing:

 

  1. KARISMA: 3 teknik bagaimana menjadi individu yang disukai oleh rakan sekerja dan orang atasan.

 

  1. MENGARAH: 2 teknik efektif bagi meminta pertolongan dan kerjasama dari kalangan rakan sekerja.

 

  1. MENGHUKUM: 4 cara bercakap yang tidak judgemental apabila menegur kesilapan sesama rakan sekerja

 

  1. MEMUJI: 6 teknik memuji yang efektif dan tidak efektif.

 

 

  1. KEUNTUNGAN KEPADA ORGANISASI

 

Berikut adalah keuntungan yang diperoleh oleh organisasi:

 

  1. Iklim dan budaya kerja di unit berkenaan menjadi sihat, positif, dan menggembirakan pekerja.

 

  1. Hubungan sekerja antara ketua unit dengan orang bawahannya menjadi rapat.

 

  1. Cakap, suruhan, dan arahan ketua unit dilaksanakan dengan cepat oleh orang bawahannya.

 

 

  1. JADUAL AKTIVITI

 

HARI 1

 

Peserta tiba di hotel ataupun resort dan mendaftar diri.

 

12.00 – Taklimat perjalanan kursus.

 

12.30 – Makan tengah hari

 

2.00 – Sesi 1: Aktiviti di luar

 

7.00 – Makan malam

 

8.00 – Sesi 2: Aktiviti di bilik kuliah

 

9.30 – Minum dan rehat malam

 

 

HARI 2

 

7.00 – Sarapan pagi

 

8.00 – Sesi 3: Aktiviti di bilik kuliah

 

9.00 – Sesi 4: Aktiviti di luar

 

12.30 – Makan tengah hari

 

2.00 – Sesi 5: Aktiviti di bilik kuliah

 

3.00 – Sesi 6: Aktiviti di luar

 

7.00 – Makan malam

 

8.00 – Sesi 7: Aktiviti di bilik kuliah

 

9.30 – Minum dan rehat malam

 

 

HARI 3

 

7.00 – Sarapan pagi

 

8.00 – Sesi 8: Aktiviti di luar

 

12.30 – Makan tengah hari

 

1.30 – SELAMAT JALAN