5 Aktiviti Mudah Team Building

Asas team building adalah kerjasama di antara ahli di dalam kumpulan. Objektifnya pula mengarah kepada kesefahaman, kerjasama dan toleransi dalam memastikan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti dalam modul team building ini terbahagi kepada banyak pecahan mengikut tahap dan kesusahan. Namun begitu, terdapat banyak aktiviti mudah team building yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan tidak memerlukan banyak alatan atau ruang yang besar.

Berikut merupakan 5 aktivi ti mudah team building yang boleh dijadikan contoh atau idea buat anda:

 

1) Si Ratu Hati

Aktiviti ini melibatkan 10 helai tali yang telah dipotong dan harus dipegang di setiap hujungnya oleh para peserta. Fokus utama adalah untuk mengimbangi bola pingpong yang diletakkan di atas pinggan plastik dan dialas dengan hujung tali yang telah disimpulkan bersama. Terap aktiviti adalah kerjasama dan kesatuan hati yang membawa kepada kejayaan. Si bola pingpong menjadi fokus hati dan mata setiap peserta.

Bola pingpong menjadi fokus utama semua peserta

 

2) Bulatkan Tekadmu

Aktiviti ini hanya menggunakan beberapa keping kertas A4, gam, gunting dan 1 botol mineral yang telah diisi air separuh botol. Para peserta diberikan arahan untuk membuat satu bangunan atau apa sahaja yang boleh menyokong botol mineral tadi untuk berdiri di atasnya. Aktiviti ini melihat kepekaan para peserta dalam mencambahkan idea bersama-sama bagi menyiapkan tugasan. Hakikatnya, kertas yang lembut itu mampu menyokong botol yang berat dengan perancangan yang rapi dan teliti.

Team building di sini dinilai dari aspek percambahan idea bersama-sama

 

3) Express Train

Aktiviti mudah team building ini memfokuskan toleransi dan semangat setiakawan. Aktiviti ini memerlukan para peserta melekapkan kaki ke pinggang kawan di hadapannya dan bergerak ke depan tanpa memutuskan jaringan barisan. Ia tampak seperti suatu aktiviti mudah team building. Namun begitu, para peserta memerlukan koordinasi arahan dan kesepakatan bersama untuk bergerak ke hadapan.

Semangat setiakawan dipupuk di dalam aktiviti mudah team building ini

 

4) Operasi Kayu

Aktiviti team building seterusnya hanya menggunakan ranting-ranitng kayu yang telah luruh. Peserta dikehendaki memikirkan operasi dan permasalahan matematik yang diberikan oeh fasilitator dan diselesaikan menggunakan ranting-ranting kayu ini. Trick di sini ialah penggunaan nombor Roman di samping melihat kritikal thinking peserta di dalam kumpulan.

Aktiviti team building yang memfokuskan kepada berdaya kritis

 

5) Ciuman Maut

Aktiviti mudah team building yang ini lebih kepada sokongan moral dari ahli kumpulan. Arahannya mudah sahaja. Setiap peserta perlu menggerakkan bola pingpong di lantai mengikut laluan berhalangan tisu dengan mulut. Prosedur permainannya adalah setiap peserta hanya menggunakan mulut, tangan disilangkan di belakang dan mulut tidak boleh mencecah ke lantai.

Arahan diterima ialah mulut tidak boleh mencecah ke lantai

 

Aktiviti mudah team building yang manakah yang menarik minat anda?

Tekan di sini untuk artikel seterusnya>