Polisi Keselamatan di dalam Kem

Apabila kita bercakap mengenai polisi keselamatan, kita sedang bercerita mengenai SOP yaitu peraturan-peraturan, garis panduan dan pelan tindakan keselamatan yang telah disediakan dan digunapakai oleh sesebuah agensi, organisasi atau institusi. dan haruslah diikuti oleh para penggunanya. Secara umumnya, polisi keselamatan di kem terdiri daripada 2 jenis; (1) keselamatan nyawa dan diri, serta (2) keselamatan harta benda.

Polisi keselamatan ini amat penting diikuti oleh para petugas dan jurulatih di kem, dan turut diambil berat oleh para peserta kem. Hal ini kerana, dengan adanya polisi keselamatan sebegini, ia menjadi amalan kerja dan prosedur yang selamat bagi setiap peserta dan staff di kem dalam memastikan seluruh perjalanan program dan latihan dilakukan dengan selesa, selamat dan sihat. Pada masa yang sama, kepentingan SOP keselamatan ini menunjukkan komitmen dan penekanan terhadap aspek keselamatan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan pusat latihan dan kem berkenaan kepada para pelanggannya. Ini menjadi asas kepada perkhidmatan yang cemerlang dan batu ukur kepada tahap kepuasan dan keberkesanan perlaksanaan serta pengurusan sesebuah pusat latihan dan rekreasi.

Sebagai contoh, di Asia Camp banyak modul dan aktiviti yang digunakan melibatkan rekreasi luar. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan para peserta perlu berlari, berenang, menyelam, memanjat, menyulur dan sebagainya. Pada masa yang sama, pihak Asia Camp sangat menitikberatkan geografi dan lokasi kem yang berdekatan dengan hutan, hazard atau risiko berhadapan dengan air, sungai dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan aktiviti-aktiviti kem dapat dilaksanakan dengan baik, SOP keselamatan haruslah diikuti oleh semua pihak.

SOP keselamatan di dalam air adalah memakai jaket keselamatan di sepanjang masa

Apabila berada di dalam modul water rafting, water crafting, water floating, river crossing, atau trust fall, SOP pemakaian jaket keselamatan amat ditekankan oleh jurulatih dan staff kem Asia Camp kepada peserta. Oleh yang demikian, pihak pengurusan Asia Camp sentiasa memastikan jaket keselamatan berada dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan dan mencukupi bagi menampung bilangan peserta yang ramai.

SOP keselamatan dalam modul camp fire berbeza dari modu water crafting dan sebagainya

Begitu juga SOP keselamatan apabila para peserta sudah berada di dalam air. Contohnya, polisi keselamatan berada di dalam air memerlukan para peserta berada dalam jarak yang berdekatan dengan jurulatih dan ahli kumpulan, mengikut arahan jurulatih dan bernafas menggunakan cara pernafasan yang betul bagi mengelakkan risiko kecemasan.

Kesimpulannya, fungsi polisi keselamatan sebegini melatih para petugas dan peserta untuk mendisiplinkan diri mengikut arahan yang telah ditetapkan di dalam sesebuah organisasi / institusi bagi mengelakkan dari terjadinya perkara-perkara buruk di masa hadapan.