Skill Kem Unit Beruniform (Siri 1)

Part I: Menerima & Mendengar Arahan

Dalam post yang lepas, Admin sudah huraikan akan kepentingan badan beruniform dalam membentuk karakter dan nilai-nilai kerja berpasukan, disiplin diri dan bertanggungjawab. Dalam post kali ini, Admin mahu bercerita mengenai kemahiran-kemahiran khusus yang perlu ada pada diri setiap anggota badan beruniform mahupun peserta kem. ‘Skill’ yang pertama ini adalah kemahiran mendengar dan menerima arahan.

Kemahiran ini nampak mudah, simple dan seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan anggota masyarakat hatta diri kita sekalipun. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa gagalnya sesebuah organisasi mahupun pasukan atau gerakan adalah berasas dari kegagalan menerima dan mengikut arahan pemimpin atau orang atasan.

Bercerita mengenai ini, saya suka kongsikan satu video mengenai aktiviti LDK pelatih-pelatih suatu organisasi yang tak diketahui yang viral di media sosial baru-baru ini. Di dalam video tersebut, para pelatih atau peserta LDK diberikan suatu arahan oleh fasilitator. Ikuti durasi penuh video sehingga habis, kita boleh melihat transformasi mesej yang diberikan oleh wakil fasilitator adalah seperti berikut:

Mesej asal: suatu “warning – I want to kill you”

Fasa kedua: “putusnya kepala”

Fasa ketiga: beralih kepada, “adegan menggosok gigi”

Fasa keempat: adegan “mencuci muka sesungguh hati”

Fasa kelima mesejnya memberitahu, “adanya orang di belakang”

Fasa terakhir apabila mesej disampaikan semula kepada fasilitator: mengatakan, “you are the best!”

Ini merupakan satu contoh aktiviti LDK yang bagus dalam memahami betapa pentingnya kemahiran mendengar dan menerima arahan. Kesudahannya kedengarannya lucu dan mudah, bukan? 

Tetapi, apabila kita refleksi semula dalam kehidupan seharian, kegagalan menerima dan mendengar arahan ini akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup, hubungan dan prestasi kerja. Ia adalah suatu mesej yang menggerunkan. Mesej yang kelihatannya ‘simple’ mampu mengungkai kepada satu transformasi yang complex dan merapu.

Berbalik kepada konteks kem atau latihan perkhemahan badan beruniform, kegagalan peserta atau pelajar mendengar dan menerima arahan akan membawa kepada perjalanan aktiviti yang suram. Ia mampu merosakkan mood di antara fasilitator dan peserta, memecahkan kerjasama rakan sepasukan dan membawa kepada perspektif ‘sakit’ akan teruknya wakil pelajar dari sekolah berkenaan, atau organisasi yang terbabit dan sebagainya.

Sesi perkhemahan badan beruniform bersama para pelajar dari SK Kementah, mereka tekun mendengar arahan bagi aktiviti seterusnya

Untuk mengatasi masalah ini, solusinya hanya satu. FOKUS, FOKUS dan FOKUS! Para peserta perlu meningkatkan fokus deria mendengar dan menaakul maklumat yang diberikan dan bergerak kerja dalam pemikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ini merupakan ‘survival skill’ yang digunakan seumur hidup dan perlulah ditingkatkan dan di-upgrade dari masa ke semasa.

Admin bagi sedikit lagi hint, jangan malas dan jangan lesu. Teruskan belajar dan teruskan berlari untuk meningkatkan prestasi diri. Skill mendengar dan menerima arahan ini sangat berguna dalam seluruh ruang lingkup kehidupan, dan di kem kami di Asia Camp, skill ini adalah ‘first bucketlist’ yang perlu dihadam dan dipraktikkan.

Apapun, tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak pelatih di video tadi, anda sangat menghiburkan kami! Kami belajar sesuatu dari anda semua hari ini.

About Author

admin2