Rahsia Pakar Presentation – Objektif Pembentangan

Ramai beranggapan, bahawa seorang Speaker, Trainer atau Presenter mempunyai bakal semula jadi. Sebenarnya tidak. Mereka juga orang biasa seperti kita. Apa yang membezakannya hanyalah mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Menjadi seorang Speaker, Trainer atau Presenter yang bagus bukanlah terjadi dalam sekelip mata. Ada proses pembelajaran perlu dilalui.

Asalkan anda tahu objektif pembentangan anda, pembentangan bukan lagi masalah besar.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa tujuan penting dalam sesi pembentangan:

#1 Memberitahu

#2 Menjual atau Memujuk

#3 Menghiburkan

#4 Melatih

#5 Menyempurnakan Sesuatu Tujuan Tertentu

Secara asasnya, objektif pembentangan adalah untuk menyampaikan sesuatu yang audiens inginkan.

Ada sesetengah pembentangan, terutamanya pembentangan di sekolah atau di tempat kerja. Kebiasaannya bertujuan hanya untuk memberitahu. Hanya untuk menyampaikan sesuatu perkara.

Manakala di dalam seminar atau pembentangan sesebuah syarikat Multi-Level-Marketing (MLM) lazimnya, tujuan mereka adalah untuk memujuk dan menjual produk atau perkhidmatan mereka.

Manakala pengacara atau presenter, tujuan mereka biasanya untuk menghiburkan audiens yang hadir.

Bagi seorang trainer pula, tujuan utama pembentangan mereka adalah untuk mengajar dan melatih audiens yang hadir.

Akhir sekali, sesetengahnya pula melakukan pembentangan untuk menyempurnakan sesuatu tujuan tertentu seperti ahli politik yang berucap ketika berlaku kempen pilihanraya.

Secara keseluruhannya, tujuan pembentangan adalah untuk menyampaikan sesuatu perkara, samada sekadar memberi informasi, menjual, menghiburkan atau pun untuk melatih audiens.

 

Asia Camp.

About Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.