Rahsia Pakar Presentation – Merangka Sesi Pembentangan

Sebaiknya perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi merangka sesi pembentangan. Cuma kadangkala, anda akan terfikir cukupkah masa yang diberikan kerana terlalu banyak perkara yang ingin anda sampaikan. Kadangkala pula berlaku, anda tidak tahu apakah kandungan yang patut diselitkan dalam pembentangan anda.

Struktur pembentangan yang berkesan perlu merangkumi perkara Wajib Tahu, Perlu Tahu, dan Menarik Jika Tahu.

Berdasarkan 3 perkara tadi, saya sarankan anda merangka sesi pembentangan anda dengan;

#1 Merangka masa pembentangan, pastikan berapa jam yang diperuntukkan. Contohnya seminar untuk sehari, spesifikkan tempoh pembentangan, tempoh rehat dan sebagainya. Dengan cara ini barulah anda dapat merangka isi kandungan untuk pembentangan anda.

#2 Bertanya kepada yang lebih berpengalaman. Mereka yang berpengalaman adalah sumber terbaik untuk anda membuat rujukan bagaimana melakukan pembentangan anda sendiri.

#3 Berbincang dengan kumpulan. Jika anda melakukannya dengan kumpulan, sebaiknya berbincang apa yang terbaik untuk pembentangan anda.

#4 Gunakan mindmap bagi mendapatkan idea terbaik tentang isi kandungan pembentangan anda.

Kesimpulannya, pastikan setiap isi kandungan pembentangan anda adalah isi kandungan yang audiens mahu dan nantikan daripada anda. Sehingga mereka akan berkata,

“ Ya itulah informasi yang saya cari selama ini!”

 

Asia Camp.

About Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.