Rahsia Pakar Presentation – Kenali 3W

Setiap pembentangan tidak akan mempunyai masalah sekiranya dilakukan persediaan dengan teratur. Persediaan adalah elemen paling penting sebelum melakukan sebarang pembentangan. Tanpa persediaan tersebut, anda pasti akan hilang punca.

Kenali 3W. 3W adalah kunci kepada persediaan pembentangan anda. Apakah yang dimaksudkan dengan 3W itu? 3W adalah Why (Kenapa), What (Apa), dan Who (Siapa).

#Why – Kenapa

Kenapa anda melakukan pembentangan? Kenal pasti tujuan atau objektif pembentangan anda.

#What – Apa

Apakah isi kandungan wajib yang perlu anda ketengahkan dalam pembentangan tersebut. Kerana isi kandungan inilah yang akan menjadi faktor utama audiens menghadiri pembentangan anda.

#Who – Siapa

Siapa audiens anda? Siapa yang bakal mendengar pembentangan anda? Anda perlu kenal pasti siapa audiens anda. Latar belakang mereka, apa yang mereka mahukan, tahap pemahaman mereka, dan apa yang membuatkan mereka tertarik mengenai pembentangan yang bakal mereka hadiri.

 

Asia Camp.

About Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.