Rahsia Pakar Presentation – Cara Atasi Gugup

Terdapat ramai orang yang takut untuk berucap atau menyampaikan sesuatu presentasi atau pembentangan di depan orang ramai.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri anda merasa takut dan bimbang sebelum melakukan pembentangan.

Berikut adalah beberapa teknik atau tips yang agak berkesan;

#1 Ketahui objektif anda melakukan pembentangan. Pastikan anda tahu secara teliti apa yang ingin anda sampaikan.

#2 Ketahui tempat anda melakukan pembentangan dan alatan yang digunakan. Pastikan anda datang awal untuk membuat pemeriksaan akhir alatan yang ingin digunakan sebelum pembentangan.

#3 Ketahui audiens anda. Pastikan anda telah membuat sedikit kajian mengenai audiens anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kaji latar belakang mereka, tahap pemahaman mereka dan sebagainya.

#4 Ambil masa untuk berehat. Tarik nafas dalam – dalam dan buat sedikit senaman ringan jika anda gugup sebelum memulakan pembentangan.

#5 Datang awal dan berbuallah bersama audiens yang hadir.

#6 Senyum kepada semua audiens, ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara anda dengan audiens.

Selain itu, anggap sahaja audiens sememangnya mahukan informasi tertentu daripada anda, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhinya.

Bagi golongan Islam, selawat dan memulakan pembentangan dengan bacaan doa adalah jalan terbaik jika anda seorang yang gemuruh.

 

Asia Camp.

About Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.