Kempen Beli Produk muslim telah menjadi tular di Malaysia. AsiaCamp selaku penggerak latihan merasakan ini adalah suara yang mengundang rasa sensitif kepada masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Kempen beli produk muslim nampaknya mendapat perhatian Perdana Menteri yang mengatakan bahawa ia adalah tindakan yang cetek fikiran dan menimbulkan kemarahan.

Banyak page di facebook yang telah diwujudkan yang telah menghangatkan lagi kempen ini seperti

Group facebook: Kempen Beli Barang Muslim

 

Pelbagai komen netizan telah diutarakan seperti :

Kempen Utamakan Produk Muslim

 

Walaubagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution ada juga memaklumkan kepada media yang mana kempen ini, ia tidak mendatangkan keuntungan pada sesiapa.

Jik dilihat dari segi pemahaman penulis, kempen ini akan mengutamakan produk muslim sebagai barang keperluan harian. Jika produk muslim tidak ada, maka produk bulan muslim akan dibeli di kedai muslim. Apabila produk bukan muslim tidak ada di kedai muslim, maka pengguna boleh membeli produk bukan muslim di kedai bukan muslim. Ini adalah kempen yang telah di hastag BMPF iaitu Buy Muslim Product First.

 

Ada juga yang mengatakan kempen ini dilaksanakan untuk memboikot barangan china. Walaubagaimanapun, ramai yang menentang penggunaan perkataan memboikot. Ia lebih oepada mengutamakan produk muslim

Jika kita lihat kepada sejarah, kempen boikot ini ada yang me beri kesan kepada prestasi produk. Lihat sahaja kepada kempen boikot McDonalds suatu ketika dahulu, kempen ini sangat mendapat sambutan di Malaysia. Namun ketika ini, boikot ini dilihat sudah tidak hidup lagi. Bahkan cawangan Mc donald tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Malaysia.

Begitu juga dengan kempen menboikot roti melayu. Roti melayu masih dibeli china. Roti China masih dibeli melayu. Nasi Lemak melauu masih dibeli China, bengkel China masih menjadi pilihan melayu.