Kem Cuti Sekolah di AsiaCamp

Anda mencari pusat latihan dan rekreasi yang best untuk pelajar anda untuk kem cuti sekolah?

Anda mencari kem kepimpinan pelajar sekolah yang awesome?

Anda mencari modul LDK yang lengkap dan ready-to-go?

Anda inginkan tempat yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’?

Anda mahukan keseronokan dan pembelajaran terus dari alam?

Anda mencari kelainan yang jauh dari sibuk kota yang bising?

YA, ANDA PERLUKAN ASIA CAMP TRAINING CENTRE!

Kami di AsiaCamp yakin, peluang pembelajaran dari alam sekitar yang digembleng dengan kesediaan pusat latihan dan modul yang lengkap akan mampu membantu kepada pertumbuhan peribadi dan kesedaran sosial, membangunkan kemahiran kehidupan dan dunia kerja yang baik. Kami memfokuskan teras seperti berkepimpinan, disiplin dan harga diri, ketahanan fizikal, ketekunan dan dedikasi, berbelas kasihan serta kemampuan daya fikir kritis dan kreatif.

Konsep kami ialah: Alam hijau | Interaktif | Modul berstruktur dan terarah

Sedikit pengenalan, Asia Camp adalah pusat latihan dan rekreasi yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’ dan pembinaan pasukan sesuai untuk kem cuti sekolah. Nilai paling mahal yang dimiliki oleh Asia Camp ini adalah persekitarannya yang hijau dan bersih. Persekitaran hijau begini sememangnya penting dan direka khas untuk aktifkan energi dan daya fokus para peserta.  Antara lain, fokus utamanya juga adalah untuk tanamkan penghargaan pelajar terhadap hutan dan alam sekitar semasa kita beristirehat dan belajar dari alam.

Asia Camp ini beroperasi di 3 buah pusat latihan di Kuala Kubu Bharu, Tanjong Karang dan Taman Negara Pahang. Mempunyai kekuatan lebih 30 buah asrama dan 20 chalet yang mampu menampung kapasiti sehingga 1000 orang peserta. Menggunakan konsep hijau, AsiaCamp memberikan tumpuan pembangunan modal insan, keseronokan dan pembelajaran pendidikan dari persekitaran hutan dan alam sekitar.

Anda tidak akan mendapat tempat yang lebih baik seperti di AsiaCamp di sekitar Pahang mahupun Selangor. INI JAMINAN KAMI! Asia Camp menawarkan pusat dengan keluasan dan fasiliti yang konduksif, aneka aktiviti menarik, staff yang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai modul latihan serta persekitaran yang selamat dan terpelihara. Berikan kami peluang untuk memberikan anda pengalaman terbaik buat anda.

Hubungi pegawai kami segera untuk tempahan kem cuti sekolah. 🙂

Kem Cuti Sekolah di AsiaCamp

About Author

admin2

Leave a Reply

Your email address will not be published.