Asas Pertolongan Kecemasan di AsiaCamp

Asas Pertolongan Cemas merupakan kelainan yang AsiaCamp cuba bawakan. Aktiviti perkhemahan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp tidak hanya memfokuskan aktiviti-aktiviti lasak di luar. Kita turut menyediakan kemudahan dewan dan modul ‘indoor’ aktiviti yang menerapkan ilmu teknikal kepada aktiviti-aktiviti perkhemahan yang sebenar di tapak perkhemahan.

Misalannya, pada 26hb Jun 2019 yang lepas seramai 38 orang pelajar dari badan unit beruniform Pengakap SMK Ampang telah menyertai perkhemahan di Asia Camp. Mereka telah dilengkapkan dengan ilmu perkhemahan teknikal seperti balutan dan lilitan anduh, slot team building and yakin diri.

Untuk slot asas pertolongan cemas yang melibatkan balutan anduh, para pelajar ini telah mempelajari lebih dari 10 jenis balutan. Pembalut tiga segi (seperti dalam Gambar A) mempunyai kegunaan (i) mengampu bahagian yang cedera, (ii) menahan darah, dan (iii) membalut bahagian cedera atau patah.

Gambar A: Pembalut tiga segi, kain balutan asas yang digunakan dalam perkhemahan badan beruniform khususnya dalam badan beruniform Pengakap sekolah

Antara jenis balutan anduh yang dipelajari oleh para pelajar dari pelatih modul ini merangkumi pembalut cincin, anduh kecil /anduh pergelangan tangan, anduh besar / anduh lengan, anduh luka di dada hadapan dan belakang, anduh luka bahu, siku dan sebagainya untuk slot asas pertolongan cemas.

Contoh lain yang turut dipelajari para pelajar adalah balutan anduh besar / anduh lengan (Gambar B). Fungsi ikatan anduh besar di lengan ini adalah untuk menyokong bahagian anggota atas badan yang luka atu tercedera serta mengurangkan pergerakan serta sakit di bahagian atas anggota badan Langkah ikatan balutan dimulakan dengan (1) membentangkan bucu kain anduh yang kemudiannya diletakkan pada siku lengan yang cedera (rujuk Gambar C) Kemudiannya, (2 dan 3) ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu di atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi (4) boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya ikatan nampak lebih kemas.

Gambar B: Langkah balutan anduh besar / anduh di lengan
Gambar C: Jenis balutan lain yang turut dipelajari pelajar; (a) luka bahu, (b) anduh pergelangan tangan, (c) luka lutut, (d) ikatan buku sila

Walaupun pada sesetengah pihak masyarakat, ikatan dan balutan anduh sebegini mungkin dianggap perkara biasa, namun demikian ilmu ikatan dan balutan ini sangat berguna apabila kita berdepan dengan situasi dan detik-detik kecemasan.

Gambar D: Para pelajar SMK Ampang bersemangat mempelajari etika ikatan dan balutan anduh

Pada pendapat Admin sendiri, slot modul asas pertolongan cemas yang dipelajari para pelajar ini merupakan satu ‘refresh’ ilmu teknikal yang perlu sentiasa diperbarui dan diamalkan semula. Dunia badan beruniform yang telah hampir 20 tahun ditinggalkan menyebabkan Admin sendiri seperti anak-anak kecil yang teruja dan seronok mempelajari benda baru.

Hujungnya, pada pemerhatian Admin, para pelajar SMK Ampang ini sungguh ‘enjoy’ dengan aktiviti indoor mereka, mereka ketawa gembira dan bersemangat menghasilkan ikatan yang baik dan kemas. Fokus dan yakin diri itu penting! Selamat maju jaya buat adik-adik Pengakap SMK Ampang sekalian, didoakan semoga kalian menjadi orang yang berguna kepada anggota masyarakat di masa hadapan.

http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

About Author

admin2